tag:blogger.com,1999:blog-336839302024-03-14T14:44:47.793+08:00KENALI DUNIA SEORANG PENTERNAKBerpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar.Unknownnoreply@blogger.comBlogger35125tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1536338635257948712008-04-21T09:09:00.004+08:002008-04-21T10:07:16.106+08:00Down to Earth!!! Inilah realitinya...........Salam ketemu lagi....

Tiap kali saya membuka blog ini..... saya speechless. Tak ada apa yang hendak ditulis. Masih terlalu awal untuk menceritakan apa perkembangan kami sebenarnya.

Rentetan daripada "serangan" harga sejak tahun lalu, saya hampir terjelepuk jatuh. Sedikit sebanyak agak tersasar perancangan kami. Agak jauh sebenarnya. Tapi sedikitpun tidak mencacatkan semangat kami untuk meneruskannya.

Tak malu untuk saya mengaku bahawa saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan kambing kami. Bukan kecewa tetapi kami rasa perlu bermula semula dari bawah. Kami ingin benar-benar bersedia untuk menjadi lebih agresif.

Kandang lama yang telah dimuatkan lebih 60 ekor Boer dan Jamnapari, diuruskan oleh ayah sepenuhnya. Begitu semangatnya ayah kerana memang sudah menjadi nadinya sejak dari dulu lagi. Memang tidak boleh disangkal lagi.

Kandang baru yang kini menempatkan 22 ekor kambing campuran menjadi tempat permulaan kami untuk memulakan semula segalanya. Kambing-kambing ini belum sedia untuk dijual kerana kami mensasarkan ia boleh dikomersialkan selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk melaksanakan Fasa-fasa pembangunan yang telah diubah saat-saat akhir tahun lalu. Sebab itulah blog ini dibiarkan sepi seketika.

Walaubagaimanapun aktiviti trading berjalan seperti biasa. Kami membekalkan kambing mengikut keperluan. Alhamdulillah, dengan adanya rangkaian penternak, kami masih mampu memenuhi permintaan walaupun tidak banyak.

Sebagai "orang baru" dalam industri ini, banyak peluang yang tidak boleh diketepikan. Dalam memaksimakan penggunaan sumber dan meningkatkan produktiviti, kami berpeluang menceburkan diri dalam beberapa projek. Ada diantaranya telah membuahkan hasil dan sebahagiannya pula masih dalam perlaksanaan.

InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan mengupdatekan segalanya pada semua. Tunggu saja perkembangannya nanti!!!

Jumpa lagi.Unknownnoreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-53948463587596016262007-09-10T07:45:00.000+08:002007-09-11T12:02:08.783+08:00Penangan Kenaikan HargaRata-rata ramai penternak, pengusaha dan pembekal merungut di atas kenaikan harga hampir sebahagian besar makanan ternakan. Lebih menggusarkan ada beberapa tempat, pengedar hampir kehabisan bekalan bila lewat menerima stok berbanding kebiasaannya. Penternak-penternak kecil seperti kita hanya terkebil-kebil. Ada yang hanya senyum sumbing garu kepala..... nak beli ke tak nak. Nak boikot? Umpama mentimun dengan durian. Digilis rosak, menggilispun rosak. Siapa yang nak dipersalahkan?

Dalam hal ni, tak siapa yang salah. Itulah lumrah perniagaan. Bila semua orang bercadang nak bela kambing, macam beli pisang goreng panas, maka permintaan terhadap barangan tupun sama-sama meletup. Sudahnya, kita sama-sama melopong.

Bagi pengeluar makanan pula, mereka pun tak salah. Tapi keadaan memaksa mereka. Dalam Malaysia ni hanya sebilangan kecil, saya kira tak sampaipun 2%, pengusaha projek ternakan mega yang memiliki ribuan ternakan kambing.... umpamanya Pusat Boer Negara atau seperti keratan NST di bawah. Tetapi, bayangkan keperluan bekalan makanan yang mereka perlukan setiap bulan. Kalau dah beli dengan banyak, adalah mustahil mereka mahu mendapatkan bekalan tersebut dengan harga yang sama seperti kita beli yang kadang kala setakat seratus dua kg (berbanding mereka yg mampu membeli seratus dua tan). Maka makin sempitlah margin keuntungan yang dapat dikecapi oleh pengeluar. Bagi menstabilkan harga, maka kerugian tu disalurkan kepada kita, penternak-penternak kecil. Kalau mereka dapat harga RM25 maka kita kenalah tanggung sebahagian perbezaan rugi. Entah-entah bila dikira-kirakan, akhirnya dapatlah kita pada harga RM32. Itupun kalau bernasib baik, bila pengusaha projek mega tu nak gandakan pesanan mereka dan mintak harga yang lebih rendah, maka kita gigit jari jelah.

Ramai yang menyuarakan pendapat supaya diwujudkan persatuan yang mampu membela nasib penternak seperti kita. Tapi ada pula 'nyamuk-nyamuk' mengkritik hebat kononnya persatuan kita takkan ke mana. Akhirnya, back to square one.

Sebenarnya, idea dan saranan yang didengar daripada penternak-penternak memang banyak yang boleh dipakaiguna malah kalau nak dikirakan memang mampu direalisasikan. Cuma dari segi perlaksanaan kita selalu main tarik-tarik tali. Bila rasa gagah kita tarik kuat, tapi bila agak-agak tak dapat tarik, kita lepas dan biarkan macam tu je. Jarang yang mahu buat secara all out. Bila perkara ni berlaku, yang berkobar-kobar jadi layu, yang tengah hangat jadi salju, yang suam-suam kuku langsung jadi beku. Kemudian, kita sorok-sorok muka menahan telinga bila kena bidas.

Saya juga ada bercadang untuk mengadakan dialog untuk penternak-penternak kecil. Buat masa ini saya sedang berusaha untuk merealisasikannya bersama JPH. Jika ada di antara saudara yang ingin bersama-sama melakukan khidmat komuniti ini, bolehlah hubungi anzfarm@gmail.com. Objektif kita cuma satu, kita ada tempat untuk mencurahkan bakti dan sama-sama dapat berjuang menjadi penternak tega yang berpengetahuan dan optimis. Mana tahu, secara tidak langsung kita mampu mewujudkan satu komuniti penternak yang boleh pergi lebih jauh melebihi pengusaha penternak mega. ITU TIDAK MUSTAHIL! Lihat saja di mana kedudukan Air Asia sekarang berbanding MAS!!!!! Fikirkanlah..............

Kesimpulannya di sini, penyelesaian sementara yang boleh kita lakukan..... carilah alternatif bekalan makanan tambahan atau semulajadi. Yang tak punya ruang utk menanam, ringan-ringankanlah mulut atau kaki mencari pembekal sisa pertanian seperti batang jagung, hampas soya, hampas gandum dan sebagainya. Ciptalah rumusan sendiri. Bagaimana? Belajarlah dari yang pandai....... usah kisah dari siapa. Sayapun masih belajar, maka belajarlah kita bersama-sama. Yang punya tanah tu, ringan-ringankanlah tangan meluaskan kawasan penanaman kita, atau paling kurang upahlah orang membuatnya, setidak-tidaknya kita sudah membantu orang lain menambahkan pendapatan. Kalau banyak, kita pula boleh tambah pendapatan. Setuju?

Wallahualam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-9268898823692645882007-09-09T12:06:00.000+08:002007-09-10T07:45:22.940+08:00Fasa seterusnya akan bermula ....

Alhamdulillah, meskipun saya jarang mengupdate blog ini, tapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya segala perancangan berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa item dalam Rancangan Perniagaan kami terpaksa dibuat perubahan.

Kini, saya sedang sibuk merealisasikan Fasa seterusnya yang saya jangkakan akan bermula November nanti. Moga segala perancangan tersebut mendapat petunjuk dan laluan yang lebih mudah serta menambahkan keyakinan saya untuk meneruskan usaha ini hingga tercapai segala matlamat yang kami sasarkan seterusnya.

Buat masa ini prestasi pengeluaran agak membanggakan kerana kambing-kambing di kandang sentiasa dalam keadaan stabil tanpa masalah yang membimbangkan. Anak-anak yang dilahirkan dengan berat lahir antara 2.4kg - 5kg dan peratusan kembar 2 sehingga 98%. Sementara anak satu dan kembar 3 masing-masing dengan kadar 1 %. Pada peringkat awal kadar kematian anak agak tinggi kerana kurang pengalaman, tetapi alhamdulillah, kini segalanya terkawal. Rupanya penjagaan anak kambing tidaklah serumit mana. Tempoh 24 jam pertama sahaja yang agak kritikal. Sekiranya berjalan lancar, InsyaAllah pemantauannya akan lebih mudah. Anak2 kambing ini akan diberi suntikan seawal umur 2 hari. Begitu juga dengan ibu.

Fasa seterusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan prasarana, pertambahan stok dan aktiviti trading. Tambahan pula dengan musim perayaan yang kian menjelang. Saya pasti ramai penternak akan mengambil peluang untuk menambahkan keuntungan atau setidak-tidaknya menambahkan "duit poket" buat belanja raya.

Dalam meningkatkan tahap pengeluaran dan aktiviti pemasaran yang lebih luas, kami akhirnya bersepakat untuk merealisasikan konsep Inkubator dan konsep KongsiTernak dalam Fasa itu nanti. Jadi pada sesiapa yang berminat samada individu mahupun syarikat untuk bekerjasama dalam projek ini, bolehlah terus menghubungi Puan An 013 - 446 6944. Kertas Kerja terperinci juga telah disediakan untuk perbincangan.

Dalam merealisasikan Fasa ini, kami akan melakukan beberapa perkara berikut, antaranya:

Membesarkan kandang kepada 40’ x 75’ daripada kandang asal yang hanya berukuran 1680 kaki persegi.

Memperluaskan kawasan penanaman rumput Napier kepada 10 ekar (buat masa ini hanya 3 ekar).

Menyediakan perigi menggunakan pam air dan tangki air sebagai alternatif untuk bekalan air semulajadi dan kemudahan merawat klorin.

Melengkapkan setiap kandang dengan kemudahan ”nipple drinker” sebagai langkah menjimatkan penggunaan air.

Melengkapkan pagar yang lebih sempurna untuk ladang kelapa sawit (seluas 4 ekar) yang menjadi lokasi kandang ternakan sebagai langkah persediaan untuk menjalankan aktiviti semi-intensif.

Membeli sebuah lori muatan 2 metrik tan sebagai kemudahan pengangkutan.

Sekali lagi, jika sesiapa berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi terus Puan An di talian 013 - 446 6944 atau email ke anzfarm@gmail.com.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-69711331417210055402007-08-30T22:24:00.000+08:002007-08-30T22:36:21.653+08:00NST, Friday 24/08/07
NST Online » Local News
2007/08/24
Meaty returns for breeders
By : Azira Shaharuddin
Email to friend Print article

The Boer goats adapting well to their new home at the Highland Organic Boer Farm in Tapah.

TAPAH: Things are looking promising for Majestic Nature Boer Farm.Set up last year to meet the high demand for goat meat, the company also has a farm in Chenderiang managed by its subsidiary Highland Organic Boer Farm.

It began with 1,000 females, also known as does, and 30 males, and has now grown to 2,200 breeding heads.The company intends to set up another four Boer goat farms — one each year beginning next year.The Third National Agriculture Policy and the National Goat Policy aim to achieve a goat population of 4.96 million heads with 1.99 million heads of breeding does by 2015.Majestic Nature Boer Farm aims to be the largest Boer goat breeder and meat provider for the country.

Its second farm is scheduled to open next year in Chenderiang.Boer goats, which originated from Africa, can live in high temperatures, are resistant to disease, grow faster, breed all year round and have high fertility rates.Boer goats have thicker bones and more meat than other goats.Managing director Yeow Joo Kwang. said goat meat was healthier than other meats. The company imported the Boer goats from Australia. It also imported goat semen for artificial insemination."It is cheaper to import semen than buy a male goat. Through this, the quality is guaranteed as there would be no in-breeding."After eight months, the male goats would be sold to other farms or slaughtered. At the moment, only bucks are slaughtered for meat as the company wants to keep the does for breeding. They are bred without the use of hormones and only eat Napier grass grown across the farm. The water for the goats is taken from the nearby Lata Kinjang waterfall.Yeow said the company would open a research centre by September next year.He said each farm required an investment of about RM5 million, with the entire operation for five farms, feed mills, sales outlets and a slaughter and packaging plant expected to cost RM35 million.But the gains are expected to far outweigh the investment in as little as three years’ time."It’s a very lucrative business," said a smiling Yeow.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-17806934432990287532007-08-07T22:56:00.000+08:002007-08-07T23:29:02.819+08:00Merdeka Message.......Salam Bulan Kemerdekaan!!!!!

Seronok saya menonton beberapa bingkisan merdeka untuk tahun ni.... banyak mesej dan pengertiannya yang perlu kita hayati bersama. Sketsa "combat" oleh anak-anak tu buat saya tersenyum sendirian. Ada benarnya..... adakalanya kitapun tak sangka orang yang pernah kita perkecilkan dulu, kini lebih berjaya daripada kita. Orang yang kita tak pernah yakin akan kemampuannya dulu kini sudah menunjukkan taring sebenarnya...... jadi, bersangka baiklah akan kita sesama insan. Hatta dalam perihal biz juga, sentiasa bersangka baiklah kita meskipun dengan pesaing kita......

Satu lagi mesej bermakna.... "MAMPUKAH APA YANG KITA BINA HARI INI MEMBAWA KITA JAUH DI MASA AKAN DATANG?". Saya sendiri tersentuh dengan mesej iklan tu. Adakalanya kita terlalu gah dan teruja dengan apa yang kita kecapi sekarang hingga terlupa apakah yang kita lakukan hari akan membawa kita jauh ke hadapan di masa akan datang terutamanya untuk generasi anak-anak kita??? Adakah landasan yang kita bina hari ini mampu menampung beban dan akan sentiasa kukuh selama-lamanya??

Moga-moga kita semua akan sentiasa dihiasi dengan kesedaran agar kita menjadi golongan orang-orang yang bersyukur hendaknya. Amin.

Terimakasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Mahmud Haji Baba, selaku MD Interxpose Agriculture atas layanan mesra beliau sewaktu kunjungan kami ke ladang beliau baru-baru ini. Sempat saya melawat kandang beliau di Bukit Rambai Melaka. Memang konsep ternakan beliau harus dipuji terutama konsep Inkubator yang diperkenalkan. Saya juga ada bercadang untuk mempraktikkannya. Tetapi bukanlah dalam Fasa ke-2 ini. Saya jangkakan Fasa ke-3 akan bermula pada Disember tahun ini dan ia mungkin boleh dimuatkan ke dalam Fasa tersebut. InsyaAllah. Apa-apapun rangka Fasa ke-3 masih dalam pertimbangan.

Dan tahniah saya ucapkan kepada menantu beliau, Encik Hisham yang kini menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam Kursus Ternakan anjuran syarikat terbabit. Moga akan wujud lebih ramai lagi generasi yang mampu membimbing bakal penternak ke arah penternakan yang lebih global. Beruntunglah generasi masa kini dengan segala kemudahan......

Apapun, yang penting usahasama semua rangkaian penternak agar sama-sama saling berinteraksi berkongsi pengalaman dan saling memberi tunjuk ajar. Mudah-mudahan kita penternak kecil akan sama-sama berdiri teguh memajukan industri ini selamanya untuk diwarisi anak cucu bangsa kita................

Wallahualam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-80156868431864914002007-06-28T23:38:00.000+08:002007-07-26T21:40:18.486+08:00Fenomena Penternak Kampung..... Sayangnya....."Mak lang, saya nak cakap sikit boleh tak?"

"Ha... apa halnya?"

"Gini lah mak lang. Mintak tolong mak lang kandangkan lembu-lembu mak lang tu. Dah banyak kali lembu-lembu tu berkandang dalam laman saya ni. Tak larat nak angkut taik hari-hari. Yang tu saya tak kisah lagi... tapi sampai habis diragutnya semua tanaman saya. Mana boleh tahan"..

"Jangan kau nak salahkan lembu-lembu aku pulak. Kebun kau tu patut kena pagar betul-betul. Binatang tu memang tak berotak".

"Andak, pasal apa kau pandai-pandai sembelih kambing aku? Aku kenal sangat kambing aku tu!"

"Aku tau kambing tu engkau punya. Tapi daripada mati katak macam tu je, aku tolong sembelihkan. Bukannya aku nak pun. Kebetulan aku lalu masa kambing kau kena langgar".

"Mujur aku tau dulu. Kalau tak agaknya senang-senang je kau dah jual. Lepas tu haram duitnya pun aku tak merasa"

"Astaghfirullah..... "

Itu antara fenomena penternak kampung berpuluh tahun semasa saya kecil dulu. Saya kira tak mungkin ia berlaku lagi di zaman yang serba moden ni. Kerana orang kampung sekarang lebih bersikap terbuka. Mereka lebih berpelajaran dan mudah dibawa berunding. Tapi sangkaan saya agak meleset.

Sayangnya......

Kadang-kadang terfikir dan terdetik di hati. Biar saya menawarkan diri untuk "membantu" mereka menempatkan dan mengumpulkan semua ternakan mereka di satu tempat yang sepatutnya. Sama-sama mengendalikannya sebagai sebuah organisasi. Bukankah elok??? Tetapi betapa kerdilnya diri ini. Saya masih tak mampu. Mereka punya berpuluh bidang tanah, berbanding saya yang punya hanya sekangkang kera. Lagipun mereka telah berpuluh tahun bergelumang dengan selut dan semak samun, sedangkan saya masih bertatih..... baru setahun jagung dan baru belajar bermasyarakat di sini...

Tapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Lebih 90% yang masih di sini terdiri daripada warga tua yang melebihi separuh abad. Kalau nak dihitungkan anak-anak yang bersekolah rendahpun tak sampai 150 orang. Itupun sebahagiannya kerana dipelihara oleh datuk nenek. Sebahagian besar rumah juga ada yang telah dibiarkan kosong kerana penghuninya telah meninggal. Anak-anak entah di mana. Berpuluh ekar tanah dibiarkan kosong malah semak samun dihuni babi hutan.

Moga misi saya untuk membangunkan semula kampung ini memberi saya setidak-tidaknya sedikit pengertian untuk generasi akan datang..... terutama anak-anak saya.

Wallahualam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-43983751438491540642007-06-15T16:19:00.000+08:002007-06-18T16:35:51.944+08:00Hari Ini Hari EsokPepatah ada mengatakan, hari ini biarlah lebih baik daripada hari semalam dan esok haruslah lebih baik daripada hari ini. Jadilah seperti jam yang sentiasa bergerak dan bekerja tanpa diarah... yang sentiasa setia dan patuh dengan qada' dan qadar. Dan jadilah orang yang sentiasa bersyukur pada pemberianNya.

Sebenarnya sayapun baru je nak menyentuh cerita yang sama seperti entri sahabat kita esis : Bijaksananya penternak itu!. Nampaknya fenomena itu bukanlah satu tohmahan.... kerana ia memang betul-betul wujud!!!! Itulah tandanya orang yang tidak mahu bersyukur. Wallahualam.

Sewaktu pertemuan dengan pihak JPH Negeri tak lama dulu ketika diberi peluang membincangkan permasalahan semua penternak baru di satu seminar, semua hadirin diberitakan dengan tawaran yang sama. JPH ada menyediakan khidmat pemberian baka Boer percuma sehingga 50 ekor pada penternak yang berkelayakan. Tapi bukanlah satu subsidi semata-mata. Penternak diberi peluang mengembangkan ternakan mereka, tetapi yang penting 50 ekor kambing Boer mestilah dikembalikan semula dalam tempoh 3 tahun selepas itu. Itupun sudah cukup menarik.

Cuma apa yang dikesalkan, untuk tempoh tahun 2007 ini , daripada lebih daripada 200 pemohon, hanya 3 orang sahaja yang baru diberikan kemudahan ini. Kenapa ya? Saya dapat bayangkan bagaimana sukarnya pihak JPH untuk menimbangkan semua permohonan itu..... kalau penternak sendiri tidak berterimakasih atas apa yang telah mereka perolehi, maka penternak baru yang menerima padahnya....

Begitulah halnya dengan kemudahan pinjaman samada daripada institusi kerajaan mahupun institusi kewangan. Malanglah pada orang yang terkemudian, akibat 'keculasan' pihak peminjam terdahulu melunaskan bayaran balik, maka makin sempitlah peluang penternak-penternak baru itu.

Saya tidak pelik, cuma saya bersimpati dengan kebijaksanaan penternak yang diibaratkan seperti pepatah "pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar". Jika mereka sia-siakan kemudahan ini, maka mereka telah sia-siakan "rezeki percuma" yang telah diberikan kepada mereka. Maka terkempunanlah penternak itu daripada menikmati kesenangan yang sepatutnya mereka kecapi dalam selangkah dua saja lagi............ biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!!!!

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-48696126675677646832007-06-09T23:59:00.000+08:002007-07-26T21:08:23.718+08:00WALK THE TALKSemalam sambil berehat bersama anak2 menonton tv, terpapar selingan satu segmen yang bakal disiarkan - WALK THE TALK. Teringat saya pada salah seorang Jutawan internet yang mendapat gelaran itu pada usia 25 tahun, iaitu saudara Irfan Khairi.... ramai yang memberi komen, beliau mampu menjadi jutawan kerana beliau punya sikap - walk the talk!!!

ROBERT KIYOSAKI yang terkenal dengan buku Rich Dad Poor Dad juga pernah menyebut perkara yang sama, jika mahu berjaya mestilah WALK THE TALK.

Saya juga banyak kali mencari maknanya. Bukan mudah seperti disebut. Kalau orang sekarang akan kata........ Cakap mesti serupa bikin. Kadang-kadang kita merancang itu ini, tapi tak semua yang dirancang akan direalisasikan, kerana ada sebahagiannya kita terlupa atau tinggal sebagai satu rancangan..... atau lebih tepatnya hanya tinggal angan-angan.

Perkara beginilah yang patut kita elakkan. Hatta saya sendiripun sedang berusaha untuk mengotakan apa yang sedang bermain dalam fikiran. Caranya saya wujudkan satu log book. Bila datang saja sebarang idea, saya akan catitkan atau lakarkan. Kemudian saya berbincang suami isteri. Mungkin ada juga sedikit argument, tapi tak mengapa asalkan ada solutionnya. Jika ok, barulah saya update Business Plan (BP) saya..... kerana BP inilah yang sering menjadi guideline tentang projek ini. Tak kisahlah kalau orang kata, lebih sudu dari kuah. Tapi saya tetapkan matlamat saya untuk jangkamasa 5 tahun akan datang. Dan InsyaAllah, itulah aim saya yang PASTI saya capai. Moga Allah memberkati usaha ini.

Okaylah hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang carta atau program pemberian vitamin untuk kambing yang mungkin boleh dijadikan program bagi ternakan kambing saudara penternak semua.

Program anak kambing - Diberi Fercobsang dengan dos 1-2ml (bawah kulit) pada usia 1 minggu. Dan sekali lagi ketika cerai susu dengan dos 3ml (otot). Di samping itu selepas cerai susu juga bolehlah diberikan Vitamin ADE3C (3ml) - otot dan Ivermectin (1 ml) - bawah kulit.

Program ibu - Diberikan Vitamin ADE3C (3-5 ml) - otot selepas 2 minggu beranak serta Minerasol 3ml (bawah kulit).

Program bapa/jantan - Selepherol - vitamin E/Selenium - 2 ml (otot). Juga diberikan Cobaphos sebanyak 3 ml (otot) 1-2 jam sebelum kahwin.

Wassalam.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-89039409229785347722007-06-07T12:09:00.000+08:002007-07-26T21:05:57.695+08:00Kembali Bersemangat.Itulah cabarannya. Selepas beberapa "siri" ujian yang kami terima, kini kami kembali bersemangat dan terus fokus. Pada kami tiada turning back.

Lima bulan yang lalu, kami menghadapi masalah yang mungkin nampak kecil tetapi tidak boleh dipandang remeh. Selepas banjir yang memusnahkan tanaman, kami terpaksa bermula semula. Mujur masih ada rezeki kami bila kami ditawarkan menyertai tanaman kelompok. Walaupun terpaksa berkongsi dengan peserta lain, kami tetap menggunakan peluang ini untuk meneruskan projek kami. Dicelah-celah kesibukan kami menanam tebu dan pisang, sempat juga kami menyediakan sedikit kawasan untuk rumput.

Di ladang yang seluas 7 ekar tu, kami bangunkan semula tanaman lain yang masih punya ruang untuk 'hidup'. Mujur kambing/biri2 serta lembu kami tidak terjejas. Selepas mempertimbangkan beberapa faktor, kami mengambil keputusan untuk memindahkan sebahagian kambing ke kandang baru. Beberapa ternakan yang tinggal dan punya potensi untuk jualan, kami kekalkan di kandang asal........ termasuk juga lembu-lembu. Kami berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ternakan kambing sementara lembu hanyalah untuk tujuan fattening/transit.

Schedule kami untuk membuka ladang untuk lawatan terpaksa ditangguh. Walaubagaimanapun, ladang asal masih boleh dilawati. Jika berminat bolehlah e-mail anlasim@hotmail.com.

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, kami membawa masuk 5 ekor lagi ternakan Jamnapari dan Boer F2 sebagai baka induk. Mulanya kami rancangkan untuk memperolehi jenis Jamnapari sahaja tetapi kami ubah plan saat-saat akhir kerana tidak sabar menunggu Disember. Terraweena Stud dikatakan baka terbaik Boer. Saya juga ada membaca salah satu keratan akhbar yang masih ada dalam simpanan saya berkenaan kambing Australia ini. Sebab itulah kami terus tidak berfikir panjang. InsyaAllah, saya akan paparkan beberapa foto ternakan kami.

Okay rakan usahawan semua...... jumpa lagi.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-5400145312253796492007-05-29T00:18:00.000+08:002007-05-29T00:59:57.779+08:00I'm Back!!!5 bulan telah berlalu tanpa sebarang berita...... Blog nipun sepi macam tak berpenghuni walaupun pengunjung silih berganti. Terima kasih atas kunjungan semua. Maaf kerana tiada entri sepanjang tempoh ini. Saya sebenarnya masih di sini.... cuma kesempitan tak mengizinkan saya mengupdate tentang perkembangan biz ini.

Secara ringkasnya, sejak bencana banjir tempohari, banyak perubahan terpaksa saya lakukan demi menjamin kesinambungan projek yang hampir terbantut. Banyak hasil tanaman musnah termasuk rumput2 untuk ternakan. Banjir kali ni memang tidak dijangka kerana kawasan projek tak pernah dinaiki air sejak 1980. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memindahkan kawasan projek ke lokasi baru. Tapi, almaklumlah..... banyak kerja yang perlu dilakukan. Semuanya memerlukan perancangan yang terperinci. Tambahan pula, saya bukanlah pengusaha projek mega yang punya modal yang tinggi. Saya masih bergantung kepada bantuan modal daripada pihak ketiga.

Saya seperti memulakan sesuatu yang baru dan perlu bermula dari langkah pertama. Tapi semangat saya tak sedikitpun patah. Kalau niat kita jujur dan ikhlas, saya yakin penat lelah saya pasti berbalas.

Dan sekarang setelah 5 bulan berlalu, saya semakin jelas. Kesungguhan itu memang berbaloi!!!! Saya mungkin masih tidak sehebat saudara esis tapi saya bersyukur kerana usaha saya masih mampu diteruskan.

Inilah perkembangan kami.....

15 Jan - 09 Mac : Kursus Penternakan di Unisel, Shah Alam
19 Mac - 19 Apr : Praktikal di Sungai Buloh Farm dan lawatan ke beberapa ladang ternakan sekitar Selangor.
22-23 May : Seminar Usahawantani anjuran Bank Pertanian Malaysia

Jumlah ternakan :
Biri-biri : 25 ekor
Jamnapari dan kacukan Anglo : 25 ekor
Lembu : 15 ekor

Rancangan tambahan stok :
Jun 2007 : RM8,000 (Jamnapari)
Dec 2007 : RM25,000 (Boer, Jamnapari, Feral)

Walaubagaimanapun, kami juga membuat trading dalam membekalkan ternakan, hasil ternakan termasuk tinja mentah, makanan, ubat-ubatan, peralatan berkaitan ternakan dan penyediaan kandang kambing. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mzurli-khan@blogger.com.

InsyaAllah, selepas ini saya akan kembali menulis. Banyak yang ingin dikongsikan bersama ditujukan khas untuk mereka yang bermula kecil seperti saya. Satu saja pesanan saya...... rumah sebiji bermula dari sebutir bata. Tak perlu kita merasa kecil jika hasrat kita tinggi menggunung. Inilah masanya kita buktikan!!!!! Ayuh, kawan-kawan penternak semua......

Wassalam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-28210988120594913682006-12-14T11:09:00.000+08:002006-12-14T12:05:14.406+08:00Collaboration key to business survival

Keratan NST bertarikh 11 Dec, 2006 ni tak ada kena mengena dengan industri ternakan kambing, tapi saya tertarik juga untuk paparkan di sini disebabkan ideanya.

Di antara petikan dalam keratan ini dinyatakan "Disebabkan persekitaran perniagaan yang semakin bersaing hebat, kita tak boleh bekerja sendirian".

Syarikat yang bergerak sendirian akan menghadapi kemungkinan ditinggalkan oleh mereka yang lebih kuat dan mempunyai strategi yang lebih baik.

Jadi langkah yang baik untuk mencapai strategi yang efektif serta mendapat tempat dalam pasaran adalah dengan melakukan "collaboration".

Bunyinya macam komplikated sikit...... mereka yang tak biasa dengan dunia korporat mungkin agak bingung dengan apa yang dimaksudkan. Mungkin saya boleh permudahkan sikit dengan apa yang saya fahami......

Dalam industri ternakan kambing yang sedang menuju momentum yang memberangsangkan ini, kita sebagai salah seorang pengusaha boleh bergabung dan bekerjasama dengan mewujudkan rangkaian yang sihat. Semakin ramai yang sama-sama tidak lokek untuk menyalurkan ilmu dan sumbangan demi kepentingan bersama, maka semakin teguh industri kita. Buangkan segala hasad dengki dan iri hati. Semakin kita berkongsi, semakin banyak juga informasi yang kita boleh garapkan. Jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata kerana jika kita ikhlas dan tulus, rezeki itu akan datang melimpah ruah dengan sendirinya, InsyaAllah. I believe in that!

Diumpamakan sebatang lidi dan serumpun lidi. Tak perlu saya jelaskan kerana semua orang sudah tahu apa maksudnya.

Mungkin kita mahir dalam pengurusan kambing tetapi bab pemasaran kita kurang arif. Dengan wujudnya "collaboration" ini, mungkin kita boleh sama-sama mewujudkan rangkaian yang mungkin boleh membantu kita memasarkan hasil ternakan kita dengan lebih mudah. Sebagai balasan, mereka juga boleh menggunakan khidmat kita untuk sebarang nasihat tentang pengurusan efektif. Bukankah berbaloi.......

"Collaboration" ini juga boleh mengurangkan pergantungan kita kepada pihak kerajaan mahupun pihak ketiga. Kerana tidak semua pengusaha mengalami pengalaman yang sama. Kesukaran mendapatkan pinjaman misalnya. Cara untuk memulakan perniagaan atau apa saja. Tidak perlu kita menyerahkan bulat-bulat kepada pihak lain untuk menguruskannya. Dengan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman, maka banyak kos boleh kita jimatkan. Di samping itu sekaligus menjuruskan kita terlibat secara langsung dan memahami proses tersebut dengan lebih baik.

Bayangkan kalau kita berjaya melakukan "collaboration" ini, maka kesinambungan perniagaan kita akan mampu berterusan mungkin sehingga generasi kita seterusnya......

Wallahualam.
Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-17484401341460402322006-12-13T14:08:00.000+08:002006-12-13T14:48:13.138+08:00Lagi berita di akhbar.........

Ringkasan :-

Malaysia membelanjakan RM13 billion setahun untuk produk makanan yang diimport, sedangkan pengeluaran negara hanya bernilai RM7 billion. Daripada jumlah itu produk daging yang diimport adalah RM4 billion setahun tetapi cuma RM1.4 billion yang disumbangkan oleh sumber tempatan.

Netherland di mana saiznya hanya sebesar negeri Pahang merupakan pengeluar makanan ke-2 terbesar di dunia selepas US.

News Updates (10 Dec 2006) - Nurris Ishak

Love for goats made her a respected entrepreneur

Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-3669591345057696962006-12-12T09:13:00.000+08:002006-12-12T14:30:19.645+08:00Kisah itupun bermula.............
Setahun yang lalu, di satu petang saya membawa anak-anak ke kebun, dengan harapan mereka dapat belajar sesuatu daripadanya. Malu pulak bila dikenangkan mereka tidak kenal dengan biji getah, buah sawit dan buah-buah kampung. Terfikir juga dalam hati..... tak kan di sekolah mereka tak berpeluang belajar benda-benda tu semua.

Setibanya di kebun, saya nampak ayah sedang sibuk memotong rumput gajah yang hampir sama tinggi dengannya. Dikumpul-kumpulnya setempat, kemudian dipeluknya dan diheretnya ke satu tempat yang ada sebuah meja kecil. Saya menghampirinya.

"Tak payahlah. Ayah dah biasa. Bukan banyakpun. Nanti kotor pulak baju kau tu".

Dicincang-cincang rumput tu. Saya hanya memerhati. Tak tau samada nak tolong atau apa. Dungu. Anak-anak dah mula mencuka.

"Ni yang tak suka ni. Banyak nyamuk la. Jom baliklah".

Saya memang tak pandai mengambil hati. Tapi.......

"Nak letak mana rumput-rumput ni semua, yah? Biar saya angkat"

Ayah cuma menjuihkan mulutnya ke kandang lembu. Ditinggalkan rumput-rumput yang yang sudah dicincang, kembali ke kandang lembu. Tak seekorpun kelihatan lembu-lembu tu kecuali seekor anak lembu yang seperti kelaparan. Bila nampak sahaja ayah kembali, terus disondolnya punggung ayah. Ayah tak marah malah diusapnya kepala anak lembu itu.

"Tu lah, semalam aku panggil kau tak nak datang. Dah tak payah nak menguak-nguak. Meh sini makan. Susupun dah nak sejuk".

Ditepuk-tepuknya belakang lembu tu, kemudian mengangkat keluar sebuah karung dari atas motor. Saya bergegas mencapai. Berat juga.........

Saya membantu setakat yang boleh. Anak-anak dah lama duduk termenung dan berbual sesama sendiri.

Ayah mula memuntahkan isi karung tersebut, dan ditaburnya atas rumput-rumput yang penuh dalam palung makanan lembu.

Kemudian dia bergegas ke kandang usang kambing-kambingnya. Begitu pantas macam lipas kudung. Saya hanya mengekor sambil berbual-bual. Tak sekalipun ayah berhenti. Tangannya terus ligat. Dicapainya tukul besi, lagak macam mahu membina istana.

"Kena betulkan kandang ni sikit. Sakit hati ayah bila anjing-anjing tu merobek kambing-kambing ayah. Masuk ni dah dekat tiga puluh ekor. Selalu sangat kambing tu tidur kat bawah. Minggu lepas tiga empat hari direct ayah betulkan pagar keliling kebun. Tah dari mana datangnya anjing liar tu. Mintak-mintak lepas ni tak ada lagi."

Ada aja yang ayah belek. Saya terfikir, dari mana datangnya tenaga ayah. Langsung tak berhenti walaupun seminit. Tangannya terus mengetuk itu ini.

Sesekali terdengar anak-anak menjerit. Anak yang kecil takut pada anak kambing yang menghampirinya, sementara abang-abang dan kakak seronok menyakat walaupun mereka juga nampak cemas sama. Saya cuma tersenyum. Itulah anak bandar.

Saya biarkan ayah sebentar. Mata saya tertumpu kepada seorang warga indonesia yang ralet memancing di kolam ikan yang juga usang. Walaupun kelilingnya dipenuhi semak samun, dia masih duduk mencangkung memegang batang buluh yang dibuat pancing.

"Ada ikan ke?"

"Memang banyak. Kalau nak beli ikan ni, RM60 sekilo".

Wow. Mahalnya. Tapi ayah bagi mereka secara percuma?

"Dah tak larat nak jaga semua. Biarlah mereka ambil. Ayah tak keluar duit sesen pun pelihara ikan-ikan tu. Dulu masa ikan tu banyak, habis dituba orang masa ayah pergi Indonesia dua minggu. Sejak tu ayah malas nak jengok dah. Setakat nak buat lauk, banyak lagi tu". Itulah keluh ayah bila saya tanya kenapa.

Kebun tu memang luas. Saya fikir mungkin inilah caranya ayah menghilangkan rindunya dengan arwah emak. Dunia ayah dah sebati dengan kebun.

Saya perhati sekeliling. Betapa indahnya kebun ni kalau diusahakan dengan sesuatu yang lebih bermakna. Tika itulah timbulnya kesayuan dihati. Berpuluh tahun saya tinggalkan. Ayah masih gagah berbakti. Biar sulit dan berbagai dugaan dihadapi, dia tetap setia dengan keringat yang tak pernah kering. Sedangkan saya masih gahkan kehidupan kota yang saya sendiri tidak pasti bagaimana kesudahannya. Kesian pada anak-anak yang kehilangan sesuatu yang indah, seperti indahnya zaman kanak-kanak saya dulu.

Dan kini saya tau........ memang berbaloi saya di sini.

anak lembu yang kematian ibu akibat kemalangan

Saya yakinkan ayah, kami akan kekalkan kandang kambing ini sebagai simbol walaupun setelah kami bina infrastruktur yang lebih sempurna

salah satu daripada tiga kolam yang bakal "dirawat"

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-64343501597890877382006-12-11T09:42:00.000+08:002006-12-12T14:28:49.138+08:00Dialog Hati Di Satu Petang"kau betul-betul serius ke lie?"

"kenapa tak betulnya pulak?"

"ye lah, akupun pelik gak. Tak pernah hayat kau cakap nak duduk kampung. Boleh ke kau hidup? Satu hapapun kau tak tau, nak bagi anak bini kau makan apa?"

"ntah, akupun tak tau kenapa aku nekad sangat nak balik kampung. Tapi, ada masanya kita kena berhijrah. Hey..... aku ni kan anak kampung. Kalau mak bapak aku boleh besarkan kami dulu, takkan aku tak boleh".

"kau gila lie..... diorang tu memang sejak azali lagi duduk kat kampung. Semua kerja diorang dah buat. Kau nak pegang cangkulpun kekok, apalagi nak menebas. Biar betul!!!!"

"kau kena pikir panjang lie. Kalau dah terlajak, payah kau nak undur balik. Dah 20 tahun lebih kau tinggalkan kampung. Dah 20 tahun lebih jugak kau kerja dalam aircond. Aku yakin anak-anak kaupun tak biasa dengan nyamuk dan pacat. Apalagi dengan selut dan lumpur. Aku tau kau memang tahan lasak........ tapi anak bini kau macamana?"

"aku tau tu..... tapi cuba kau lihat tu....... kau nampak tak apa yang aku pikirkan sekarang?"

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-55388321847000141642006-12-07T12:25:00.000+08:002006-12-08T10:21:30.918+08:00Pemasaran : Jangan Bergantung Kepada Pihak Ke-3
Seperti dijanjikan, saya akan bangkitkan tentang konsep pemasaran yang boleh dijadikan sebagai pilihan bagi setiap penternak. Semuanya bergantung kepada strategi dan kreativiti masing-masing dalam mempelbagaikan corak pemasaran yang difikirkan mampu mendatangkan manafaat kepada industri kita ini.

Biarpun sekecil manapun perniagaan kita, kita mestilah tetapkan pelan pemasaran kita sendiri dan tidak bergantung kepada pihak ke-3. Selalunya ramai penternak mengambil jalan mudah untuk menyerahkan bulat-bulat kepada pihak ke-3 yang sememangnya sentiasa menantikan peluang untuk mengaut keuntungan atas usaha orang lain. Mereka tidak salah kerana mereka tidak pernah memaksa, cuma mereka begitu kreatif untuk mencipta pendapatan tanpa perlu mengusahakannya sendiri.

Saya sendiri pernah 'terkena' dengan kepandaian pihak ke-3. Dan saya juga pernah belajar daripada seorang peraih yang baru memulakan perniagaan tetapi telah menjadi orang yang paling terkenal di kalangan penduduk setempat di satu daerah yang sibuk, dalam pekan Sungai Petani. Dia cuma perlu bekerja 4 jam sehari, tetapi mampu mendapat purata pendapatan bersih antara RM100-RM300 sehari. Mungkin tidak mewah, tapi apa yang dilakukan cukup mudah dan saya kagum. (Mungkin satu hari saya akan ceritakan bagaimana beliau melakukannya...).

Saya pernah membeli satu produk ternakan dengan harga RM20 daripada pihak ke-3. Kononnya harga tersebut adalah paling murah berbanding orang lain (tanpa menyedari harga yang dibandingkan itu adalah harga daripada pesaing mereka yang juga pihak ke-3). Pada mulanya saya keberatan, tetapi setelah saya check dengan pihak yang dimaksudkan, memang harga yang ditawarkan itu berbaloi. Tapi saya tidak berhenti memeriksa harga bagi produk tersebut. Akhirnya saya dapat membeli dengan harga serendah RM12 bagi produk yang sama dengan spesifikasi yang sama!! Lihatlah berapa banyak yang kita boleh jimatkan hanya daripada satu produk.....

Secara ringkasnya ini adalah antara konsep pemasaran yang boleh dijadikan sebagai asas bagi penternak-penternak kecil seperti saya :

Jika anda memilih konsep ternakan baka tulen, perkara paling utama yang perlu anda ada mestilah kefahaman tentang konsep penambahbaikan genetik dan memerlukan baka yang terbaik di ladang anda.

Pembuktian rekod sangat penting bagi membuktikan ketulenannya. Tanpanya anda tak mungkin dapat memasarkannya dengan mudah. Rekod ini juga memudahkan pihak pembeli membuat pilihan yang meyakinkan.

Kita juga boleh mengenalpasti sebanyak mungkin penternak seluruh kawasan pilihan/target kita melalui JPH bagi memudahkan kita membuat jualan langsung dan menghebahkan kepada mereka tentang kewujudan kita.

Di samping itu kaedah Auction juga makin popular di Malaysia. Contohnya seperti di pameran MAHA baru-baru ini. Kita boleh mengambil bahagian dalam banyak pameran atau expo sebegini atau mungkin juga mengendalikannya sendiri untuk kawasan setempat.

Bagi jualan aqiqah/korban, memilih lokasi yang mudah didatangi oleh pelanggan adalah faktor utama. Jika ladang penternakan kita agak terpencil, mungkin dapat dibantu dengan adanya papan iklan di tempat yang mudah nampak. Ini membantu penduduk sekitar ladang tahu tentang apa yang kita lakukan.

Kreativiti anda dalam membuat promosi jualan boleh dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya menyebarkan risalah kepada penduduk setempat atau kawasan tumpuan. Juga boleh membuat promosi di surau-surau atau di masjid.

Sementara jualan kambing sembelihan/daging segar , kita boleh lakukan promosi di pasar basah, rangkaian kedai mamak atau restoran ala-arab, mewujudkan rangkaian bersama syarikat katering yang menyediakan BBQ atau juga industri perhotelan. Perlulah kita tahu kuasa membeli terdapat di bandar-bandar besar seperti KL, Penang dan Johor. Kalau kita bekerja keras, berapa banyak hotel, restoran nasi kandar, syarikat katering dan seumpamanya boleh kita pasarkan? Saya yakin, mereka masih bergantung kepada daging import.

Di samping itu, susu kambing juga mampu mendapat pasaran yang baik jika kita mampu menyediakan sekurang-kurangnya 10 liter sehari. Hospital, klinik-klinik dan rangkaian restoran sentiasa memerlukan susu segar. Jika kita dapat menembusi pasaran ini, kaedah pemerahan susu yang bersih dan pembotolan yang menarik mestilah menjadi amalan penternakan kita untuk meyakinkan mutu susu yang kita tawarkan.

Saya juga masih menyimpan satu keratan penuh akhbar yang menceritakan seorang pengusaha susu kambing Saanen. Beliau mempunyai kilang memproses susu kambing untuk dijadikan alat-alat kosmetik. Mungkin ini boleh mencetuskan satu lagi peluang bagi kita sebagai pengusaha kecil.

Banyak lagi konsep pemasaran yang boleh diketengahkan. InsyaAllah, saya akan selangselikan dalam topik kita akan datang. Akhir kata, semoga kita semua diberkati dan semoga usaha kita akan menjadikan kita di kalangan orang-orang yang berjaya.

Salam ketemu lagi.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1165300215463685012006-12-05T14:11:00.000+08:002006-12-07T16:13:59.469+08:00NST, Selasa 5 Disember, 2006
>>Ringkasan : Apa yang menarik di sini, dinyatakan bahawa 500 ekor kambing Boer boleh mengeluarkan 2,000kg baja organik setiap bulan. Purata pendapatan sebulan mencecah RM17,500. Kalau kita ambil kira perbelanjaan untuk makanan kambing, dianggarkan cuma RM3,800. Dengan lain perkataan, pendapatan daripada tinja kambing itu sendiri boleh menampung kos makanan mereka. (Bagaimanapun, ini tidak mengambil kira kos operasi pemprosesan baja organik tersebut). Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1164703428526760632006-11-28T14:18:00.000+08:002006-12-07T16:14:52.657+08:00If You Fail To Plan, You Plan To Fail - Part 1Mendengar kata ucapan saudara Nordin Bin Mat dalam Seminar Memulakan Penternakan Kambing Secara Komersial di Malaysia dengan topiknya "Aspek Komersial dan Pemasaran Kambing" membuatkan saya berkobar-kobar dan begitu semangat. Begitu banyak info yang dikongsikan bersama untuk dijadikan sebahagian garis panduan yang boleh dimanafaatkan. Sebahagiannya juga membantu saya memperkuatkan lagi amalan penternakan yang telahpun kami gariskan untuk projek kami tu.

Secara ringkasnya, berbalik semula kepada apa yang pernah saya katakan berkali-kali sebelum ini, sebelum memulakan perniagaan dalam industri ini, kita mestilah menetapkan fokus dan matlamat kita dengan jelas. Dari situ barulah kita dapat memudahkan perjalanan biz kita di samping bersedia dengan segala kemungkinan yang akan kita hadapi.

Semasa saya menyiapkan Pelan Perniagaan saya sebelum ini, perkata utama yang menjadi topik perbincangan dengan JPH adalah analisa SWOT tentang projek yang kami jalankan. Mengenalpasti SWOT dapat memberikan gambaran asas apa yang kita fokuskan. Dan dari situ juga secara tidak langsung kita dapat membina satu persatu aspek yang perlu kita berikan tumpuan.

Dalam Seminar tersebut, beliau ada menyatakan antara faktor kegagalan bagi penternak-penternak adalah :-

>>>>> kegagalan memahami konsep sebenar penternakan kambing yang dijalankan.
>>>>> ketidakupayaan penternak meneruskan projek selepas 2 atau 3 tahun disebabkan masalah kewangan.
>>>>> dan paling utama kerana gagal mendapatkan pasaran.

Oleh itu, tetapkan konsep penternakan komersial yang menjadi tonggak perniagaan kita sebelum memikirkan corak pemasaran yang sesuai.
Antara konsep penternakan yang boleh dijadikan pilihan :

a) Pembiakan baka tulen - membiakkan kambing daripada baka-baka terbaik untuk menghasilkan anak-anak kambing yang boleh dijual sebagai baka. Baka yang dicadangkan adalah daripada baka Boer, Jamnapari, Saanen, Toggenburg, Anglo Nubian, Barbados, Dorper. Sebaiknya baka-baka tersebut mestilah mempunyai Sijil Pengesahan tentang ketulenannya.

Jumlah minimum yang disyorkan adalah 20 ekor induk dan 2 ekor Jantan. Modal permulaan RM150,000. Anggaran pendapatan bulanan RM9,500.

b) Pembiakan komersial untuk baka kacukan dan daging - bela induk kacukan dalam kuantiti besar dan guna baka pejantan tulen secara sistematik untuk hasilkan anak kambing dalam kuantiti yang banyak. baka kacukan yang dicadangkan adalah katjang, Boer, Jamnapari. Sementara baka pejantan adalah Boer, Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian.

Anak kambing betina - dibiakkan di kandang atau dijual sebagai baka kambing kacukan.
Anak kambing jantan - digemukkan dan dijual untuk sembelihan.

Pembiakan hendaklah dilakukan secara sistematik bagi memastikan penambahbiakan genetik kepada lebih tulen dari generasi ke generasi.

c) Transit/Jual - beli kambing/bebiri daripada penternak atau pengimport untuk dijual bagi tujuan aqiqah, qurban, kenduri dan aktiviti keagamaan. Jenis kambing/bebiri - Feral, Merino, Katjang, Kambing Indonesia dsbnya.

Penternakan haruslah menetapkan harga belian dan jualan pada paras keuntungan antara RM50-RM200 seekor dan mensasarkan jualan 40 ekor - 100 ekor sebulan. Dan penternak haruslah memastikan kambing yang hendak dibeli kurang risiko untuk mati di kandang transit.

d) Fidlot dan jual - beli anak kambing jantan kacukan (kurang 20kg), digemukkan di kandang dan dijual bila cecah berat 50kg selepas 6 bulan. Anggaran pendapatan bagi 50 ekor minima adalah RM10,750 atau RM1,800 sebulan.

e) Kambing susu - jenis yang disarankan adalah Saanen, Toggenberg, Anglo Nubian. Kadar pengeluaran susu bagi baka kambing yang baik adalah di antara 4 liter - 7 liter sehari berbanding dengan kambing kacukan biasa antara 0.5 liter - 2 liter sehari.

Jumlah permulaan yang dicadangkan - 20 ekor betina tulen dan 2 pejantan tulen.

f) Pelan Persaraan - dimulakan 3 - 5 tahun sebelum bersara dengan jumlah 20 ekor - 30 ekor betina kacukan dan 1 ekor pejantan tulen. Jual anak-anak kambing jantan dan kekalkan semua kambing betina untuk dibiakkan. Selepas 5 tahun kambing tersebut boleh mencapai sehingga 500 ekor untuk diusahakan sepenuh masa selepas bersara dengan pulangan setiap bulan.

Di keluaran akan datang saya akan kongsikan sedikit tentang cadangan pemasaran berdasarkan konsep penternakan tersebut di atas. Jumpa lagi.

Sebahagian foto yang diambil semasa MAHA 2006. Akibat kesuntukan masa, ada banyak tapak pameran yang tidak sempat dirakamkan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1164605371248600242006-11-27T13:08:00.000+08:002006-12-07T16:15:26.023+08:00Berita Menarik Tentang Maha
Hari ini hari terakhir MAHA 2006. Mungkin ramai yang telah mengambil peluang meninjau peluang dan maklumat yang terkini berkaitan industri Pertanian, khususnya bahagian perternakan.

Saya juga sempat menjengah ke lokasi MAHA tersebut, walaupun dalam kesuntukan masa menguruskan beberapa perkara. Agak lewat saya ke sana pada hari kedua pameran tersebut. Bilangan pengunjung yang datang memang di luar jangkaan. Dari situ saya mengakui, rupanya ramai yang berminat dan mula membuka mata tentang peluang yang sedang mencapai momentum sihat ini. Tumpuan saya tentunya di Pintu 2 dan 3 yang mendedahkan banyak info tentang penternakan dan teknologi yang terlibat dalam industri ini.

Sambil mengumpul beberapa bahan ilmu, sempat juga berbual mesra dengan pengusaha dan peserta pameran tersebut. Banyak info berguna yang saya perolehi khususnya tentang perkara-perkara yang mungkin baru bagi saya. Pada yang baru menjinakkan diri, banyak buku dan CD panduan dijual disamping dapat berhubung terus dengan pembekal dan melihat sendiri hasil ternakan mereka.

Memandangkan hari hujan dan waktu saya melawat tu agak gelap, saya tak dapat menghabiskan banyak masa di situ. Rugi juga rasanya tidak dapat melawat keseluruhan tapak pameran. Namun saya masih berpuas hati kerana masa saya dapat terisi dengan pelbagai maklumat. Sempat juga berbelanja membeli beberapa bahan ilmiah dan supplies untuk ternakan.

Berikut beberapa berita tentang MAHA 2006, untuk tatapan anda.

Artikel Bernama.com

Melahirkan jutawan tani

MAHA 2006 berjaya rangsang sektor pertanian

Pusat Lelongan Haiwan Ternakan dapat sambutan hangat

UM hasilkan baka bermutu

Hasilkan Makanan Sendiri

PM tegur bank - Gesa beri pinjaman bantu majukan usahawan tani

>>>>>>Lagi berita MAHA 2006, akan datang.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1163383544532089022006-11-13T08:58:00.000+08:002006-12-14T14:27:37.681+08:00Rule No. 2 : Bijaklah BerbelanjaBila membincangkan tentang kos, ramai yang mengeluh bila terlalu banyak perkara yang kita sangkakan mudah rupanya lebih rumit daripada apa yang bakal kita hadapi. Saya juga mengambil masa lebih setahun untuk betul-betul bersedia dengan apa yang ingin saya lakukan.

Saya hampir putus asa bila mengenangkan kos perlaksanaan yang tinggi bila kita benar-benar ingin menjadikan sesuatu yang komersial. Tetapi alhamdulillah, selepas melalui beberapa proses, saya akhirnya akur dengan satu perkara asas....... iaitu FOKUS.

Apa fokus anda dalam biz ini. Apa yang anda mahu usahakan dan matlamat jangka panjang anda. Daripada fokus itu barulah kita boleh adjust dengan kemampuan dan keupayaan yang ada pada kita.

Contohnya,

1-Jika anda berhasrat untuk memasarkan hasil ternakan anda untuk tujuan aqiqah atau korban, tak perlulah anda membazirkan wang untuk membeli baka full blood yang sebegitu mahal. Memadailah anda membeli baka kacukan yang selalunya lebih tahan lasak dan sesuai dengan apa jua keadaan. Lagipun, baka import tersebut selalunya boleh mencecah berat sehingga 70-90 kg. Jadi adalah tidak praktikal anda pasarkan sebagai ternakan aqiqah mahupun korban, kerana harganya mungkin hampir sama dengan seekor lembu.

2-Anda perlu mengambil kira kepakaran dan keupayaan kita sebagai penternak. Bayangkan jika sesuatu berlaku kepada baka yang kita laburkan itu akibat kekurangan pengetahuan tentang pengurusannya, mungkin kerugian itu dapat dibahagikan jika kita melaburkan wang yang sama banyak untuk mendapatkan beberapa ekor baka lain yang lebih murah tapi berkualiti.

3- Daripada pengalaman saya, kita masih boleh mendapatkan baka yang baik (selalunya kacukan) serendah RM1000 untuk pejantan dan RM500 untuk induk bergantung kepada jenis yang dipilih. Tapi perlu juga diingatkan, mungkin ada yang menawarkan dengan harga yang lebih rendah, misalnya untuk kambing katjang, semuanya bergantung kepada fokus biz kita. Jika matlamat biz hanya memfokuskan kepada pasaran penduduk kampung, maka ia lebih praktikal melaburkan dalam sesuatu yang mampu diperolehi oleh pembeli kita.

4- Berbanding jika kita ingin menjadi pengusaha 'breeder', maka adalah lebih baik anda mendapatkan baka yang benar-benar berkualiti kerana penghasilannya nanti bergantung penuh pada baka yang anda sediakan. Namun ia tetap bergantung kepada jenis baka yang anda fokuskan.

5- Pakej yang selalunya ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha sebenarnya boleh dijadikan sebagai garis panduan. Sebagai pengusaha mereka juga perlu mengambil kira keuntungan untuk perniagaan tersebut. Mengapa perlu kita melaburkan wang kepada perkara yang tidak sepatutnya. Ini adalah komen peribadi saya:

>>>>Jika kita boleh membuat pilihan, maka pakej itu masih boleh dipertimbangkan. Adakalanya pengusaha memberikan pilihan mengikut kadar yang tertentu, contohnya mengikut berat sebenar atau secara pukal. Atau menawarkan beberapa pilihan mengikut gred tertentu. Data-data ini bolehlah dibuat perbandingan dengan pengusaha lain yang menyediakan tawaran yang sama.

>>>> Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang ditawarkan. Anda boleh membuat beberapa pertanyaan berdasarkan apa yang mereka berikan. Semasa buat perbandingan, anda perlu juga mengambil kira, tentang kesediaan stok (lead time), kos pengangkutan, jaminan tertentu (misalnya jika berlaku sesuatu pada ternakan ketika dalam perjalanan), atau beberapa perkara lain yang difikirkkan sesuai.

>>>> Kos kandang misalnya, jika kita berkemahiran membuatnya sendiri, banyak kos boleh dijimatkan. Tak perlu begitu obses menggunakan semua kayu yang baru (kecuali lantai, sebaiknya menggunakan kayu baru), dan perlu juga mengambilkira jumlah kambing yang kita ada. Eloklah dirancangkan dengan bijak. (rujuk post saya sebelumnya, bagaimana seorang pengusaha mampu menyiapkan kandang 100% tenaga sendiri seluas 40' x 90'). Dan post yang menarik tentang kandang ini juga, boleh didapati melalui blog sahabat kita "missiontothetop.blogspot.com".

>>>> Perkara yang paling utama, jika kita ingin dapatkan baka untuk tujuan perniagaan kita sendiri, jangan sekali-kali membelinya melalui pembekal 'trading' atau lebih tepatnya pihak ketiga. Adalah lebih baik berurusan terus dengan pengusaha ternakan itu sendiri. Mungkin kerjanya lebih rumit, tetapi perlulah kita ingat tentang biz kita untuk jangkamasa panjang. Lambat laun kita tetap perlukan mereka. Binalah rangkaian yang sihat demi kepentingan industri ini.

Wallahualam.

Artikel untuk hari ini :-

Bekas guru jual serunding daging jadi jutawan
Terengganu pengeluar terbesar kambing kacukan
Jadikan Terengganu negeri pertanian utama
Struktur Bank Pertanian dirombakUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1163039589247940812006-11-09T10:20:00.000+08:002006-12-14T14:28:28.798+08:00Lagi Tentang Ternakan KambingKesuntukan masa untuk membuat entry baru tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencatatkan perjalanan biz kecil saya ni. Tambahan pula sejak akhir-akhir ni ramai yang menghantar email kepada saya meminta nasihat dan pandangan itu ini. Terdahulu saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan minat yang saudara-saudara semua tunjukkan.

Sekali lagi saya nyatakan di sini, saya juga masih baru dalam industri ini. Tetapi saya memang benar-benar serius. Ada yang menyatakan hajat untuk datang melawat ladang kami. Saya amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan sekelian. Cuma buat masa ini, ladang kami masih dalam proses naik taraf. Tugas-tugas pengemasan dan penstrukturan untuk keseluruhan tapak ladang sedang giat dijalankan. InsyaAllah, jika segalanya berjalan lancar, ladang kami akan dibuka untuk lawatan selewat-lewatnya April 2007. (atau mungkin lebih awal).

Berikut saya selitkan sedikit artikel menarik tentang penternakan kambing untuk tatapan anda semua. Dan InsyaAllah, saya akan cuba menambahkan koleksi artikel berkaitan industri ini.

Giatkan Ternakan kambing Baka Baik (BH, 08 Apr 2006)
Biak Baka Kacukan (UM, 09 Apr, 2006)
Pusat Industri Tani Diwujudkan (UM, 09 Apr 2006)
Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara Dibuka 2007 (Utusan Online, 22 Ogos 2006)
MRCB, UPM Bangunkan Taman Tani Di Perak (Utusan Online, 22 Ogos 2006)

Selamat Berjaya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1162952804186575222006-11-08T09:21:00.000+08:002006-12-14T14:29:08.327+08:00Mulakanlah Langkah Pertama.....Ada beberapa email yang saya terima bertanyakan tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Satu soalan yang cukup subjektif sebenarnya, atau dengan lain perkataan, ia bergantung kepada penerimaan dan objektif masing-masing.

Cuma apa yang saya boleh kongsikan bersama di sini, bermulalah dengan "ilmu". Fahami dulu apa yang kita inginkan daripada perniagaan yang kita jalankan. Biar sekecil mana sekalipun, asalkan ada maksud yang nekad dan sentiasa beristiqamah...... Fokus itulah kuncinya.

Ada banyak kursus yang boleh kita ikuti. Bolehlah daftarkan diri dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran dengan kawasan masing-masing. Cuma kadang-kala kita terpaksa menunggu giliran mengikut kuota yang telah ditetapkan. Kursus ini selalunya berjalan selama 5 hari dan ianya percuma. Surat tawaran akan dihantar kepada kita menyatakan tarikh dan tempat berkenaan. Pada yang bekerja, eloklah bersedia dengan cuti masing-masing.

Di samping itu, MARDI juga ada mengediakan kursus dalam bidang penternakan, malah mereka juga menyediakan kursus yang berkaitan dengan industri ini secara lebih menyeluruh dan terperinci. Kelebihannya kursus-kursus ini boleh diikuti mengikut kesesuaian masa kita, kerana kita diberikan pilihan masa dan tempat. Cuma bezanya anda perlu mengeluarkan kos antara RM800-RM1000 bergantung kepada jenis kursus.

Ada juga beberapa pengusaha yang menyediakan khidmat kursus intensif untuk bakal penternak. Misalnya pengusaha Jamnapari Malaysia (www.jamnapari.com) yang mengenakan caj RM500 untuk kursus intensif selama 3 hari 2 malam. Atau kita boleh mewujudkan rangkaian pengusaha ternakan kita sendiri sebagai rujukan kita di masa akan datang.

Atau kita boleh mengambil inisiatif membuat search sendiri melalui kuasa internet. Banyak info yang boleh kita garapkan. Saya sendiripun tidak banyak mengeluarkan modal. Selama setahun saya membuat kajian sendiri di samping berinteraksi dengan pengusaha yang berpengalaman. Tak rugi bertanya walaupun ada yang mengelak untuk menceritakan pengalaman sebenar. Lama kelamaan kita jadi serasi dan minat untuk lebih mengetahui kian bertambah.

Jika ada yang menyatakan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penternakan Kambing, saya memang terbuka untuk berkongsi cerita, sebabnya ilmu kita tak akan susut kalau kita menghebahkannya pada orang lain. Ada yang bimbang kita akan mencipta lebih banyak saingan. Pemikiran sebegini patutlah diketepikan. Sebab pemikiran sebeginilah yang akan membantutkan perkembangan perniagaan kita. Lebih banyak kita berinteraksi, sebenarnya lebih banyak pengalaman kita akan dapat, dan konsep pengurusan kita akan lebih matang.

Di samping itu, saya tidak malu untuk mengaku saya juga masih bertatih dalam bidang ini. Namun saya sentiasa berdoa semoga, kesungguhan ini akan memberikan saya jaminan bahawa setiap berkat sokongan dan restu orang tua saya yang mengiringi perjalanan saya dalam bidang ini mampu merealisasikan impian saya dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Marilah kita sama-sama membina rangkaian yang boleh dimanafaatkan oleh anak bangsa kita dan untuk memberikan kesinambungan generasi akan datang.

Wallahualam.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1162780064040971912006-11-06T10:00:00.000+08:002006-12-14T14:29:28.861+08:00Determination......Orang kata "kalau takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai". Sebarang jenis perniagaan yang kita mahu jalankan, semuanya berisiko. Hatta, untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut sekalipun, kita kena bersedia dengan risikonya....... manalah tau, kot-kot tercekik tulang.

Sejak saya memulakan projek mini saya ni, pelbagai dugaan datang dan bersilih ganti. Saya akui adakalanya ia mungkin sedikit sebanyak mencabar kesabaran saya, tapi alhamdulillah.... mungkin usia ini banyak mematangkan.... setelah mengharungi pelbagai kesusahan yang lebih mencabar di masa lalu.

Agak lama saya tidak menulis.... kerana banyak urusan yang perlu saya lakukan. Tentunya berkaitan dengan projek mini saya tu. Baru saja memulakan Fasa ke-2, walaupun terdapat beberapa halangan, namun tetap berjalan lancar. Saya jangkakan saya dapat melaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya sebelum berakhirnya November ini. Kerana fasa seterusnya akan memakan masa lebih lama dan dijangka bermula Januari depan. InsyaAllah.

Akhirnya saya dapat merealisasikan penubuhan ANZ FARM INDUSTRIES (reg no. NS0020266-X) berkuatkuasa 30hb Oktober, 2006. Bermaksud bermulanya tanggungjawab kami sebagai usahawan yang benar-benar komited terhadap apa yang kami usahakan. Berkat kerjasama kedua orang tua saya dan sokongan daripada beberapa orang rakan dan sanak saudara terdekat, kami tambah bersemangat untuk meneruskannya dengan secebis doa agar usaha kami mendapat keberkatan.

Dalam usaha memantapkan persediaan kami dalam industri ini, kami cuba mengumpul dan mengembangkan rangkaian dengan bekerjasama dengan lain-lain pengusaha yang berpengalaman. Setidak-tidaknya kami dapat meluaskan pengetahuan di samping berkongsi permasalahan yang mungkin dapat membantu antara satu sama lain.

Saya sempat berkenalan dengan seorang lagi pengusaha yang baru menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun tetapi telah menjadi contoh yang baik untuk diteladani oleh bakal pengusaha dan penternak yang baru berkenalan dengan bidangusaha yang amat menguntungkan ini.

Pada 30hb Oktober yang lalu, sambil menguruskan beberapa perkara rasmi, kami sempat mengaturkan pertemuan dengan pengusaha Ab. Halim Saniah Goat Farm iaitu En. Halim sendiri. Beliau yang bermula dengan seekor kambing jantan dan tiga ekor betina 4 tahun lalu, kini telah memiliki lebih kurang 500 ekor kambing pelbagai baka.

Apa yang buat saya tertarik kerana salah satu kandang beliau yang 100% dibina sendiri mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan menggunakan bahan-bahan terpakai atau secondhand. Masa yang panjang itu sebenarnya mengambilkira bilangan kambing yang beliau miliki dari satu masa ke satu masa. Jadi banyak kos dapat dijimatkan dan mengelakkan pembaziran yang tidak sepatutnya.

Dan terkini, beliau bakal menerima bantuan tambahan sebanyak 400 ekor kambing daripada jabatan haiwan dalam masa terdekat. Betapa bangganya kami dengan semangat dan kegigihan beliau. Lebih-lebih lagi hanya beliau suami isteri yang mengusahakannya hingga mampu menyara pengajian kedoktoran tiga anaknya di luar negeri. Sejak enam bulan yang lalu beliau mengambil seorang pekerja bagi menampung keperluan tugasan yang kian bertambah.

Untuk 500 ekor kambing yang beliau miliki kini, kos pengurusannya tidaklah besar. Lebih kurang RM3,500 sahaja. Lebih kurang RM0.23 seekor sehari. Tentang pasaran pula langsung tiada masalah kerana permintaan sentiasa melebihi bekalan yang ada. Malah pelanggan beliau terpaksa menunggu mengikut waiting list. Hampir setiap hari, paling kurang 5 ekor ibu beranak dan adakalanya menghasilkan kembar hingga 3 atau 4 ekor. Kadar kematian yang rendah juga membantu perkembangan yang baik.

Inilah kandang yang mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

Inilah kandang ke-3 hasil kerjasama JPH dan Risda

Pemandangan dalam kandang yang begitu bersih. Konsep ternakan intensif (kandang sepenuh masa) nampak mudah dan terurus tetapi memerlukan pengurusan yang bersistematik dan terancang bagi menjamin produksi yang bermutu.

Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1161141003060121332006-10-18T08:55:00.000+08:002007-07-26T21:10:26.295+08:00Pelajarilah Bisnes Orang CinaAlhamdulillah, akhirnya saya mampu menarik nafas lega selepas anak bongsu saya akhirnya dibenarkan pulang selepas 2 minggu terlantar di hospital akibat masalah buah pinggang yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrom. Dan seronoknya abang2 dan kakaknya bila malam tadi kami sekeluarga keluar mendapatkan pakaian dan beberapa persediaan raya.

Hari ini saya teringat semula pada buku yang saya baca semasa menunggu anak saya dihospital tempohari. Begitu menarik sekali, yang saya beli semasa berada di Terminal 1 Seremban awal bulan ni.

Buku tulisan saudara Nasnan Jajuli bertajuk "Melahirkan JUTAWAN melalui Sektor Pertanian". Salah satu tulisan yang benar-benar memberi kesan ialah bila beliau menyatakan antara faktor yang menyebabkan kaum Melayu selalu kecundang dalam perniagaan adalah disebabkan mempunyai banyak idea di dalam dirinya jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Katakan seorang pengusaha Melayu menceburkan diri dalam bidang penternakan dan gagal atau mengalami masalah dengan ternakan yang diusahakannya. Ini menyebabkan pengusaha pengusaha tersebut lari dan beralih kepada idea atau projek baru yang difikirkannya mungkin lebih mudah atau mampu dilakukannya.

Keadaan ini berlainan dengan kaum Cina. Mereka kekurangan idea, jadi mereka terpaksa menghadapi dan meneruskan projek tersebut walau apapun terjadi. Rupanya dengan idea yang kurang atau miskin idea, seseorang individu akan lebih berjaya berbanding individu yang kaya idea.

Dan satu lagi buku yang menyentuh tentang keusahawanan sebenar ialah dalam buku tulisan saudara An Wan Seng bertajuk "Bisnes Orang Cina".

Resmi bisnes orang cina, satu ketika dahulu seorang lelaki menjaja air minuman ditepi jalan, hari ini anaknya membuka sebuah restoran dan kemudian cucunya pula membuka kilang memproses minuman.

Jadi pada semua bakal usahawan dan sebagai peringatan untuk diri saya juga, biar sekecil mana sekalipun kita bermula dalam bidang ini, tetapkan matlamat kita dan teruskan usaha untuk mencapai impian dan matlamat tersebut.

Setelah mempertimbangkan beberapa faktor dan visi kami untuk jangkamasa panjang, kami telah mengambil keputusan untuk menjual sebahagian besar kambing yang ada untuk menampung keperluan projek kami seterusnya. Berikut adalah status projek kami :-

Pembersihan kawasan untuk pembinaan kandang kambing yang lebih besar

Kandang lembu sementara

Sebahagian kawasan penanaman rumput Guinea

Padang ragut yang masih perlu diberi perhatian

Sebilangan bebiri yang tinggal

Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1160034697811679512006-10-05T13:32:00.000+08:002006-12-14T14:30:41.793+08:00Fakta Yang Perlu Kita TahuFAKTA PENTING TENTANG PEMBIAKAN KAMBING

Umur Jantan Matang ------------ 9 Bulan (Berat hidup 28-40kg)
Umur Betina Matang ------------ 5-6 Bulan (Berat hidup 18-20kg)
Umur Betina Mula Dikahwinkan - 6 Bulan
Teknik Pembiakan -------------- Dgn pejantan / Permanian berhadas
Purata Tempoh bunting --------- 150 hari
Jarak Antara Kelahiran --------- 200 - 210 hari
Kadar Kelahiran Kembar -------- 70%
Purata Anak Dlm Setahun ------- 1.8 ekor/ibu/tahun

Perbandingan am pulangan pelaburan antara projek Lembu Pedaging Feedlot dan Kambing Pedaging Sistem Intensif

Susunan bidang usaha ternakan dari sudut potensi dan keupayaannya menjana pendapatan :

1. Penternakan ayam (pedaging dan telur)
2. Penternakan puyuh pedaging
3. Bidangusaha Kambing Intensif
4. Bidangusaha Lembu Pedaging Feedlot
5. Bidangusaha intergrasi Lembu Pedaging dengan tanaman kelapa sawit (PINTAR)

Dari sudut pulangan kepada pelaburan, projek kambing intensif ini memberikan pulangan yang lebih baik daripada bidangusaha lembu pedaging feedlot.

Perkara -----------------Kambing Intensif --------------Lembu Feedlot

Kos Kenaikan
Berat Badan / Kg -----------------RM3.00 --------------------RM2.80

Harga Jualan Hidup / Kg------RM12.00 -------------------RM6.00

Untung Rugi ----------------------RM9.00 --------------------RM3.20

****sumber rujukan : Panduan Pengeluaran Kambing Muda Kaprima, JPH TerengganuUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-33683930.post-1159402941421341092006-09-28T08:13:00.000+08:002006-12-14T14:31:02.645+08:00Potensi Industri Penternakan Kambing

(Sumber dipetik daripada laman web www.jamnapari.com)

Pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara di anggarkan sebanyak 241,000 ekor, manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.

(Sumber dipetik daripada laman web http://agrolink.moa.my/jph/)

Mengikut perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600 000 ekor) pada 2003. Setakat ini, hanya 1000 tan ataupun hanya 6% -7% yang diperolehi daripada penternak tempatan dan selebihnya adalah diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk penternak-penternak tempatan. Permintaan dijangka akan meningkat sehingga 20 000 metrik tan pada tahun 2010. Keperluan sara diri negara bagi daging kambing hanya dapat ditingkatkan dengan mewujudkan lebih banyak ladang pembiakbakaan yang komersial di Malaysia.

Nota:

Pada adik-adik (17thn - 25 thn) yang benar-benar berminat dalam bidang penternakan dan ingin mendalami industri ini secara serius, peluang mengikuti kursus sijil veterinar selama 2 tahun melalui JPH. Sila layari http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/iklan-kursus-sijil-veterinar.pdf untuk keterangan lanjut.
Unknownnoreply@blogger.com0