Selepas beberapa ketika membuat sedikit survey, saya amat tertarik dengan beberapa usahawan muda yang begitu giat mengusahakan biz ini. Betapa saya kagum kerana dalam usia yang muda mereka telah membuka mata dan mengambil kesempatan yang baik ini dengan memilih agriculture sebagai pilihan kerjaya mereka.
Kerajaan khabarnya sedang giat mempromosikan bio-tech, pastinya perindustrian berasaskan pertanian. Menteri kita yang bertanggungjawab tentang industri ini, Tan Sri Muhyidin Yasin juga begitu pro-aktif menggambarkan potensi besar yang mampu disumbangkan oleh industri ini dan perkembangan yang sihat ini patut diberikan perhatian dalam membantu graduan-graduan yang semakin sukar mendapat tempat dalam bidang pekerjaan makan gaji.
Bagi saya yang telah lama bekerja dalam bidang korporat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Terasa sedikit kesal kerana tidak terfikir untuk menjerumuskan diri dalam kancah penternakan sejak dari dulu lagi. Tapi apa yang berlaku sebenarnya ada juga hikmahnya.
Saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak muda memulakannya kerana kerajaan menyediakan banyak insentif untuk mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini. Kenaikan budget untuk RMK9 hampir mencecah 100% berbanding sebelumnya dalam menggalakkan pengusaha ternakan bagi mengurangkan pengimportan daging (daging kambing terutamanya).
Bagi anak-anak muda berusia 35 tahun ke bawah, telah disediakan skim siswazah yang memberi ruang dan membantu mereka merealisasikan impian menjadi seorang usahawan. Bukan setakat bermula dari '0' malah mereka juga dibekalkan dengan mentor jika diperlukan.
Namun bagi saya yang 'terlebih' umur ini, bukanlah sesuatu halangan. Masih terdapat sokongan kewangan yang masih boleh dipergunakan seperti skim kredit mikro.
Mungkin saya akan ceritakan sedikit bagaimana saya menyediakan modal permulaan selepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment