Wednesday, October 18, 2006

Pelajarilah Bisnes Orang Cina

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu menarik nafas lega selepas anak bongsu saya akhirnya dibenarkan pulang selepas 2 minggu terlantar di hospital akibat masalah buah pinggang yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrom. Dan seronoknya abang2 dan kakaknya bila malam tadi kami sekeluarga keluar mendapatkan pakaian dan beberapa persediaan raya.

Hari ini saya teringat semula pada buku yang saya baca semasa menunggu anak saya dihospital tempohari. Begitu menarik sekali, yang saya beli semasa berada di Terminal 1 Seremban awal bulan ni.

Buku tulisan saudara Nasnan Jajuli bertajuk "Melahirkan JUTAWAN melalui Sektor Pertanian". Salah satu tulisan yang benar-benar memberi kesan ialah bila beliau menyatakan antara faktor yang menyebabkan kaum Melayu selalu kecundang dalam perniagaan adalah disebabkan mempunyai banyak idea di dalam dirinya jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Katakan seorang pengusaha Melayu menceburkan diri dalam bidang penternakan dan gagal atau mengalami masalah dengan ternakan yang diusahakannya. Ini menyebabkan pengusaha pengusaha tersebut lari dan beralih kepada idea atau projek baru yang difikirkannya mungkin lebih mudah atau mampu dilakukannya.

Keadaan ini berlainan dengan kaum Cina. Mereka kekurangan idea, jadi mereka terpaksa menghadapi dan meneruskan projek tersebut walau apapun terjadi. Rupanya dengan idea yang kurang atau miskin idea, seseorang individu akan lebih berjaya berbanding individu yang kaya idea.

Dan satu lagi buku yang menyentuh tentang keusahawanan sebenar ialah dalam buku tulisan saudara An Wan Seng bertajuk "Bisnes Orang Cina".

Resmi bisnes orang cina, satu ketika dahulu seorang lelaki menjaja air minuman ditepi jalan, hari ini anaknya membuka sebuah restoran dan kemudian cucunya pula membuka kilang memproses minuman.

Jadi pada semua bakal usahawan dan sebagai peringatan untuk diri saya juga, biar sekecil mana sekalipun kita bermula dalam bidang ini, tetapkan matlamat kita dan teruskan usaha untuk mencapai impian dan matlamat tersebut.

Setelah mempertimbangkan beberapa faktor dan visi kami untuk jangkamasa panjang, kami telah mengambil keputusan untuk menjual sebahagian besar kambing yang ada untuk menampung keperluan projek kami seterusnya. Berikut adalah status projek kami :-

Pembersihan kawasan untuk pembinaan kandang kambing yang lebih besar
Kandang lembu sementara
Sebahagian kawasan penanaman rumput Guinea
Padang ragut yang masih perlu diberi perhatian
Sebilangan bebiri yang tinggal

4 comments:

Anonymous said...

Ermm.. tahniah..
Projek sudah di tahap perlaksanaan..
Selamat maju jaya..
........................
"Selamat Hari Raya"

Anonymous said...

Terimakasih jengkaut. Moga sama2 berjaya

Rie said...

bagus kagum aku dengan projek ko.

slamat maju jaya. apapa hal
slamat hari raya . maaf fizikal & mental. ahaks

syukree said...

Tahniah2 diucapkan atas usaha dan kemajuan projek tersebut. Rasa nak pi tgok ajer. Aku ni suka berjalan, mmg pantang klau dgr org buat projek, gatal jer kaki aku nak pi jalan kihkih. Mana x, kandang esis kat Maran Pahang pun aku sggp aku pi. Boleh minta phone no. anz? email kt sy pun x pa aznee.s@felda.net.my -TQ