Setahun yang lalu, di satu petang saya membawa anak-anak ke kebun, dengan harapan mereka dapat belajar sesuatu daripadanya. Malu pulak bila dikenangkan mereka tidak kenal dengan biji getah, buah sawit dan buah-buah kampung. Terfikir juga dalam hati..... tak kan di sekolah mereka tak berpeluang belajar benda-benda tu semua.
Setibanya di kebun, saya nampak ayah sedang sibuk memotong rumput gajah yang hampir sama tinggi dengannya. Dikumpul-kumpulnya setempat, kemudian dipeluknya dan diheretnya ke satu tempat yang ada sebuah meja kecil. Saya menghampirinya.
"Tak payahlah. Ayah dah biasa. Bukan banyakpun. Nanti kotor pulak baju kau tu".
Dicincang-cincang rumput tu. Saya hanya memerhati. Tak tau samada nak tolong atau apa. Dungu. Anak-anak dah mula mencuka.
"Ni yang tak suka ni. Banyak nyamuk la. Jom baliklah".
Saya memang tak pandai mengambil hati. Tapi.......
"Nak letak mana rumput-rumput ni semua, yah? Biar saya angkat"
Ayah cuma menjuihkan mulutnya ke kandang lembu. Ditinggalkan rumput-rumput yang yang sudah dicincang, kembali ke kandang lembu. Tak seekorpun kelihatan lembu-lembu tu kecuali seekor anak lembu yang seperti kelaparan. Bila nampak sahaja ayah kembali, terus disondolnya punggung ayah. Ayah tak marah malah diusapnya kepala anak lembu itu.
"Tu lah, semalam aku panggil kau tak nak datang. Dah tak payah nak menguak-nguak. Meh sini makan. Susupun dah nak sejuk".
Ditepuk-tepuknya belakang lembu tu, kemudian mengangkat keluar sebuah karung dari atas motor. Saya bergegas mencapai. Berat juga.........
Saya membantu setakat yang boleh. Anak-anak dah lama duduk termenung dan berbual sesama sendiri.
Ayah mula memuntahkan isi karung tersebut, dan ditaburnya atas rumput-rumput yang penuh dalam palung makanan lembu.
Kemudian dia bergegas ke kandang usang kambing-kambingnya. Begitu pantas macam lipas kudung. Saya hanya mengekor sambil berbual-bual. Tak sekalipun ayah berhenti. Tangannya terus ligat. Dicapainya tukul besi, lagak macam mahu membina istana.
"Kena betulkan kandang ni sikit. Sakit hati ayah bila anjing-anjing tu merobek kambing-kambing ayah. Masuk ni dah dekat tiga puluh ekor. Selalu sangat kambing tu tidur kat bawah. Minggu lepas tiga empat hari direct ayah betulkan pagar keliling kebun. Tah dari mana datangnya anjing liar tu. Mintak-mintak lepas ni tak ada lagi."
Ada aja yang ayah belek. Saya terfikir, dari mana datangnya tenaga ayah. Langsung tak berhenti walaupun seminit. Tangannya terus mengetuk itu ini.
Sesekali terdengar anak-anak menjerit. Anak yang kecil takut pada anak kambing yang menghampirinya, sementara abang-abang dan kakak seronok menyakat walaupun mereka juga nampak cemas sama. Saya cuma tersenyum. Itulah anak bandar.
Saya biarkan ayah sebentar. Mata saya tertumpu kepada seorang warga indonesia yang ralet memancing di kolam ikan yang juga usang. Walaupun kelilingnya dipenuhi semak samun, dia masih duduk mencangkung memegang batang buluh yang dibuat pancing.
"Ada ikan ke?"
"Memang banyak. Kalau nak beli ikan ni, RM60 sekilo".
Wow. Mahalnya. Tapi ayah bagi mereka secara percuma?
"Dah tak larat nak jaga semua. Biarlah mereka ambil. Ayah tak keluar duit sesen pun pelihara ikan-ikan tu. Dulu masa ikan tu banyak, habis dituba orang masa ayah pergi Indonesia dua minggu. Sejak tu ayah malas nak jengok dah. Setakat nak buat lauk, banyak lagi tu". Itulah keluh ayah bila saya tanya kenapa.
Kebun tu memang luas. Saya fikir mungkin inilah caranya ayah menghilangkan rindunya dengan arwah emak. Dunia ayah dah sebati dengan kebun.
Saya perhati sekeliling. Betapa indahnya kebun ni kalau diusahakan dengan sesuatu yang lebih bermakna. Tika itulah timbulnya kesayuan dihati. Berpuluh tahun saya tinggalkan. Ayah masih gagah berbakti. Biar sulit dan berbagai dugaan dihadapi, dia tetap setia dengan keringat yang tak pernah kering. Sedangkan saya masih gahkan kehidupan kota yang saya sendiri tidak pasti bagaimana kesudahannya. Kesian pada anak-anak yang kehilangan sesuatu yang indah, seperti indahnya zaman kanak-kanak saya dulu.
Dan kini saya tau........ memang berbaloi saya di sini.

anak lembu yang kematian ibu akibat kemalangan
Saya yakinkan ayah, kami akan kekalkan kandang kambing ini sebagai simbol walaupun setelah kami bina infrastruktur yang lebih sempurna
salah satu daripada tiga kolam yang bakal "dirawat"
1 comment:
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Post a Comment