"Mak lang, saya nak cakap sikit boleh tak?"
"Ha... apa halnya?"
"Gini lah mak lang. Mintak tolong mak lang kandangkan lembu-lembu mak lang tu. Dah banyak kali lembu-lembu tu berkandang dalam laman saya ni. Tak larat nak angkut taik hari-hari. Yang tu saya tak kisah lagi... tapi sampai habis diragutnya semua tanaman saya. Mana boleh tahan"..
"Jangan kau nak salahkan lembu-lembu aku pulak. Kebun kau tu patut kena pagar betul-betul. Binatang tu memang tak berotak".
--------------------------------------------------------------------------------------
"Andak, pasal apa kau pandai-pandai sembelih kambing aku? Aku kenal sangat kambing aku tu!"
"Aku tau kambing tu engkau punya. Tapi daripada mati katak macam tu je, aku tolong sembelihkan. Bukannya aku nak pun. Kebetulan aku lalu masa kambing kau kena langgar".
"Mujur aku tau dulu. Kalau tak agaknya senang-senang je kau dah jual. Lepas tu haram duitnya pun aku tak merasa"
"Astaghfirullah..... "
-------------------------------------------------------------------------------------
Itu antara fenomena penternak kampung berpuluh tahun semasa saya kecil dulu. Saya kira tak mungkin ia berlaku lagi di zaman yang serba moden ni. Kerana orang kampung sekarang lebih bersikap terbuka. Mereka lebih berpelajaran dan mudah dibawa berunding. Tapi sangkaan saya agak meleset.
Sayangnya......
Kadang-kadang terfikir dan terdetik di hati. Biar saya menawarkan diri untuk "membantu" mereka menempatkan dan mengumpulkan semua ternakan mereka di satu tempat yang sepatutnya. Sama-sama mengendalikannya sebagai sebuah organisasi. Bukankah elok??? Tetapi betapa kerdilnya diri ini. Saya masih tak mampu. Mereka punya berpuluh bidang tanah, berbanding saya yang punya hanya sekangkang kera. Lagipun mereka telah berpuluh tahun bergelumang dengan selut dan semak samun, sedangkan saya masih bertatih..... baru setahun jagung dan baru belajar bermasyarakat di sini...
Tapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Lebih 90% yang masih di sini terdiri daripada warga tua yang melebihi separuh abad. Kalau nak dihitungkan anak-anak yang bersekolah rendahpun tak sampai 150 orang. Itupun sebahagiannya kerana dipelihara oleh datuk nenek. Sebahagian besar rumah juga ada yang telah dibiarkan kosong kerana penghuninya telah meninggal. Anak-anak entah di mana. Berpuluh ekar tanah dibiarkan kosong malah semak samun dihuni babi hutan.
Moga misi saya untuk membangunkan semula kampung ini memberi saya setidak-tidaknya sedikit pengertian untuk generasi akan datang..... terutama anak-anak saya.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment