Sukarnya bagi saya membuat keputusan drastik ini untuk menjadi seorang usahawan kampung..... menternak kambing dan lembu yang tak pernah termimpi dalam hidup saya yang telah makan gaji lebih daripada 20 tahun.
Namun usaha murni ini perlu diteruskan kerana menyambung penat lelah bapa mertua saya yang telah mengusahakannya sejak tahun 70-an lagi. Bezanya cuma bapa mertua saya mengerjakannya secara kecil-kecilan. Dan inilah masanya saya mengusahakan secara serius dan komersial.
Rupanya tidak mudah juga untuk menjadi penternak komersial. Banyak usaha yang perlu dilakukan. Pertama sekali tentang persediaan MENTAL. Minda yang positif atas apa jua rintangan yang datang.
Membuat perancangan yang terperinci bagi memastikan penjadualan projek ini diusahakan secara telus dan bersungguh-sungguh. Mencatat sejarah dan perjalanan menuju seorang USAHAWAN SEJATI melalui blog ini, sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan membaiki kelemahan.
Tiada sandaran harta benda maupun kemewahan kerana kami bukanlah orang yang berada. Tapi cukuplah bermula dengan apa yang ada dan kudrat yang Allah kurniakan. Yang penting Istiqamah dengan usaha yang berterusan dan tawakkal atas dugaan demi sebuah kejayaan.
InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
semoga berjaya. insyaallah
Terima kasih saudara Esis. Saya sentiasa mengikuti perkembangan anda. Moga kita boleh berkongsi idea.....
ermm..
Saya berharap blog ini tidak hanya berhenti disini..
Mungkin kesempitan waktu x mengizinkan saudara membuat enty baru..
Sebagai sesama Islam..
"Semoga usaha saudara dirahmatiNya"
InsyaAllah. Saya masih bertatih dalam industri ini. Masih mencari dan mengharapkan tunjuk ajar.
Post a Comment