Setahun yang lalu semasa saya menyatakan keinginan saya untuk menjadi penternak, bunyinya macam kelakar. Semua orang termasuk adik-beradik saya bagaikan tidak percaya. Dan pastinya mereka kurang menggalakkan sebab saya sudah punya karier yang tetap dan kehidupan yang selesa. Waktu tu saya sudah memiliki sedikit simpanan yang saya fikir sudah cukup untuk memulakan hasrat saya.
Ketika membincangkan perkara ini dengan bapa mertua, dia betul-betul memberikan saya keyakinan bahawa niat saya memang berbaloi. Jadi, sebagai orang yang berpengalaman, banyak tips dan ideanya dikongsikan untuk menaikkan semangat saya untuk meneruskannya.
Waktu itu, bapa mertua saya telahpun memiliki hampir 50 ekor bebiri dan lebih kurang 20 ekor lembu (cuma tidak secara komersial). Saya fikir mungkin itu satu peluang yang baik. Dan saya makin yakin saya boleh memulakannya secepat mungkin.
Maka bermulalah kerja saya membuat perkiraan apa yang patut saya lakukan. Bermula dari mana? Semakin saya pertimbangkan, semakin sukar saya rasakan ketika itu. Tidak mudah juga rupanya. Hasrat saya untuk mengambilalih apa yang telah dimulakan oleh bapa mertua saya, masih banyak kekurangan.
Akhirnya, saya terpaksa menangguhkan hasrat saya kerana saya belum cukup bersedia. Saya fikir kalau saya teruskan juga, saya bimbang saya akan terbantut sekerat jalan kerana saya masih samar dengan kemampuan saya.
Jadi perkara pertama saya lakukan, menyediakan pelan perniagaan!!! Kalau saya mampu lakukan sesungguh hati, barulah saya berani memulakannya.
Berikut adalah melalui pengalaman saya sendiri bagaimana saya menentukan kos perlaksanaan projek saya.
Kos-kos perlaksanaan yang perlu ditimbangkan
Kos permulaan
- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)
Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)
Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar
- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)
- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti
Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Post a Comment