Monday, September 25, 2006

There is always a first time.....

Saya ada terbaca seseorang menulis (tapi saya lupa dari sumber mana) - "Jika Allah memakbulkan doamu, Dia menunjukkan KASIHNya padamu, andai Dia lambat menunaikan hasratmu, maka Dia sedang MENGUJImu.... dan sekiranya Dia tidak mengendahkan doamu, maka Dia amat MENYAYANGImu kerana ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggumu di hadapan..... Oleh itu teruskanlah berdoa!!!"

Saya amat berterimakasih kepada penulis itu walaupun sebenarnya dia mungkin tidak bermaksud untuk menujukan kepada sesiapa.... tiba-tiba saja saya rasa saya perlu menulisnya di sini sebagai satu kata semangat yang mahu saya pegang sampai bila-bila.

Okay.... sebagai panduan untuk masa hadapan dan mungkin boleh digunapakai oleh sesiapa yang ingin memulakan perniagaan...... biar bidang apa sekalipun, sebelum kita melangkah lebih jauh, kita mestilah tahu dan faham apa yang kita mahukan dari perniagaan yang bakal kita jalankan.

Dari segi persediaan modal misalnya....... amatlah digalakkan kita berusaha mengumpulkan dana kita sendiri sebelum kita melangkahkan kaki ke dunia perniagaan. Saya bukanlah bermaksud saya begitu berpengalaman dalam sebarang dunia perniagaan terutamanya bidang penternakan ini. Tapi sepertimana saya katakan sebelum ini..... saya didik dan bina keyakinan diri terlebih dahulu sebelum memberanikan diri menyahut cabaran ini.

Ada juga yang bertanya berapa banyak modal yang perlu seseorang penternak itu sediakan untuk memulakan biz ini?

Saya juga bingung menentukan berapa yang perlu saya ada kalau inilah pilihan saya.... tapi setelah bertungkus lumus cuba menyiapkan RP saya, barulah saya tahu.... sikit atau banyaknya modal bergantung kepada apa yang kita mahukan dan visi sebenar kita.

Ada dua persoalan yang perlu kita timbangkan. Adakah kita mahu memulakan dari apa yang kita ada atau mengadakan apa yang kita mahu? Dari situ barulah kita boleh mengambil keputusan yang betul.

Apapun keputusan, ianya tetap berisiko tetapi setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Jika kita ingin mendapatkan bantuan kewangan, perkara pertama yang mesti kita pertimbangkan adalah kemampuan kita untuk membuat bayaran balik. Kita mestilah serius dalam menentukannya.

Dalam islam sekalipun kita diwajibkan membayar hutang. Jadi jangan sesekali berhutang jika kita tahu kita tak mampu kendalikannya!

Memandangkan saya juga amat baru dalam industri ini, saya juga menghadapi banyak masalah dalam penyediaan modal ini.... tapi alhamdulillah, fasa I saya telahpun berjaya.

Saya akan kongsikan sedikit bagaimana saya mengusahakannya dalam topik akan datang. Moga ia dapat memberikan sedikit idea kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam industri ini. Dan yang paling penting sebagai panduan dan rujukan saya di masa akan datang.

Saya yakin..... memang tak rugi kalau kita berbudi pada tanah! InsyaAllah.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju modal permulaan bergantung kepada seberapa besar perniagaan yang kita inginkan. Tetapi modal yang besar tidak semestinya memberi pulangan yang tinggi sekiranya tiada persiapan dan perancangan serta perlaksanaan yang berkesan.
...............
Wallahualam
"Saya budak baru belajar"

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendapat jengkaut. Adakalanya bermula dengan sedikit itu juga adalah banyak sebenarnya. Dlm persediaan menjadi seorang usahawan, satu perkara paling penting, kita mesti bersedia dgn segala kemungkinan dan SABAR adalah kuncinya. Moga kita sama2 berjaya dlm apa jua biz.