Monday, November 06, 2006

Determination......

Orang kata "kalau takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai". Sebarang jenis perniagaan yang kita mahu jalankan, semuanya berisiko. Hatta, untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut sekalipun, kita kena bersedia dengan risikonya....... manalah tau, kot-kot tercekik tulang.

Sejak saya memulakan projek mini saya ni, pelbagai dugaan datang dan bersilih ganti. Saya akui adakalanya ia mungkin sedikit sebanyak mencabar kesabaran saya, tapi alhamdulillah.... mungkin usia ini banyak mematangkan.... setelah mengharungi pelbagai kesusahan yang lebih mencabar di masa lalu.

Agak lama saya tidak menulis.... kerana banyak urusan yang perlu saya lakukan. Tentunya berkaitan dengan projek mini saya tu. Baru saja memulakan Fasa ke-2, walaupun terdapat beberapa halangan, namun tetap berjalan lancar. Saya jangkakan saya dapat melaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya sebelum berakhirnya November ini. Kerana fasa seterusnya akan memakan masa lebih lama dan dijangka bermula Januari depan. InsyaAllah.

Akhirnya saya dapat merealisasikan penubuhan ANZ FARM INDUSTRIES (reg no. NS0020266-X) berkuatkuasa 30hb Oktober, 2006. Bermaksud bermulanya tanggungjawab kami sebagai usahawan yang benar-benar komited terhadap apa yang kami usahakan. Berkat kerjasama kedua orang tua saya dan sokongan daripada beberapa orang rakan dan sanak saudara terdekat, kami tambah bersemangat untuk meneruskannya dengan secebis doa agar usaha kami mendapat keberkatan.

Dalam usaha memantapkan persediaan kami dalam industri ini, kami cuba mengumpul dan mengembangkan rangkaian dengan bekerjasama dengan lain-lain pengusaha yang berpengalaman. Setidak-tidaknya kami dapat meluaskan pengetahuan di samping berkongsi permasalahan yang mungkin dapat membantu antara satu sama lain.

Saya sempat berkenalan dengan seorang lagi pengusaha yang baru menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun tetapi telah menjadi contoh yang baik untuk diteladani oleh bakal pengusaha dan penternak yang baru berkenalan dengan bidangusaha yang amat menguntungkan ini.

Pada 30hb Oktober yang lalu, sambil menguruskan beberapa perkara rasmi, kami sempat mengaturkan pertemuan dengan pengusaha Ab. Halim Saniah Goat Farm iaitu En. Halim sendiri. Beliau yang bermula dengan seekor kambing jantan dan tiga ekor betina 4 tahun lalu, kini telah memiliki lebih kurang 500 ekor kambing pelbagai baka.

Apa yang buat saya tertarik kerana salah satu kandang beliau yang 100% dibina sendiri mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan menggunakan bahan-bahan terpakai atau secondhand. Masa yang panjang itu sebenarnya mengambilkira bilangan kambing yang beliau miliki dari satu masa ke satu masa. Jadi banyak kos dapat dijimatkan dan mengelakkan pembaziran yang tidak sepatutnya.

Dan terkini, beliau bakal menerima bantuan tambahan sebanyak 400 ekor kambing daripada jabatan haiwan dalam masa terdekat. Betapa bangganya kami dengan semangat dan kegigihan beliau. Lebih-lebih lagi hanya beliau suami isteri yang mengusahakannya hingga mampu menyara pengajian kedoktoran tiga anaknya di luar negeri. Sejak enam bulan yang lalu beliau mengambil seorang pekerja bagi menampung keperluan tugasan yang kian bertambah.

Untuk 500 ekor kambing yang beliau miliki kini, kos pengurusannya tidaklah besar. Lebih kurang RM3,500 sahaja. Lebih kurang RM0.23 seekor sehari. Tentang pasaran pula langsung tiada masalah kerana permintaan sentiasa melebihi bekalan yang ada. Malah pelanggan beliau terpaksa menunggu mengikut waiting list. Hampir setiap hari, paling kurang 5 ekor ibu beranak dan adakalanya menghasilkan kembar hingga 3 atau 4 ekor. Kadar kematian yang rendah juga membantu perkembangan yang baik.



Inilah kandang yang mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

Inilah kandang ke-3 hasil kerjasama JPH dan Risda

Pemandangan dalam kandang yang begitu bersih. Konsep ternakan intensif (kandang sepenuh masa) nampak mudah dan terurus tetapi memerlukan pengurusan yang bersistematik dan terancang bagi menjamin produksi yang bermutu.

4 comments:

Anonymous said...

Ermm..
Post yg memang membakar semangat..
Saya harap diwaktu saya menjalankan perniagaan saya kelak saudara Azn dapat menjadi mentor..

Anonymous said...

InsyaAllah, saya akan cuba mengumpul sebanyak mungkin pengetahuan tentang industri ini untuk dikongsikan bersama.

Anonymous said...

saudara Anz..
cuba awak buat RP yg mudah utk difahami pasal kambing,nanti jual la kat saper yg minat boleh gak dpt untung 10-30hinggit.mcm saya ni, saya nk buat boleh, tapi bila nk cerita pasaran kambing, kos2 kambing. mana saya tahu....
apapun usaha anda saya sokong.semoga maju jaya.by.

Anonymous said...

Saudara ANZ,

Saya ucapkan tahniah dan selamat bertani. Suadara kata pasaran kambing ni besar. Boleh saya tahu dimana pasaran ini. Siapakah mereka in. pengusaha restaurant, kantin? Saya orang baru dalam bidang ini. Saya nak mula dengan susu kambing dan lembu untuk pasaran daerah saya.