5 bulan telah berlalu tanpa sebarang berita...... Blog nipun sepi macam tak berpenghuni walaupun pengunjung silih berganti. Terima kasih atas kunjungan semua. Maaf kerana tiada entri sepanjang tempoh ini. Saya sebenarnya masih di sini.... cuma kesempitan tak mengizinkan saya mengupdate tentang perkembangan biz ini.
Secara ringkasnya, sejak bencana banjir tempohari, banyak perubahan terpaksa saya lakukan demi menjamin kesinambungan projek yang hampir terbantut. Banyak hasil tanaman musnah termasuk rumput2 untuk ternakan. Banjir kali ni memang tidak dijangka kerana kawasan projek tak pernah dinaiki air sejak 1980. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memindahkan kawasan projek ke lokasi baru. Tapi, almaklumlah..... banyak kerja yang perlu dilakukan. Semuanya memerlukan perancangan yang terperinci. Tambahan pula, saya bukanlah pengusaha projek mega yang punya modal yang tinggi. Saya masih bergantung kepada bantuan modal daripada pihak ketiga.
Saya seperti memulakan sesuatu yang baru dan perlu bermula dari langkah pertama. Tapi semangat saya tak sedikitpun patah. Kalau niat kita jujur dan ikhlas, saya yakin penat lelah saya pasti berbalas.
Dan sekarang setelah 5 bulan berlalu, saya semakin jelas. Kesungguhan itu memang berbaloi!!!! Saya mungkin masih tidak sehebat saudara esis tapi saya bersyukur kerana usaha saya masih mampu diteruskan.
Inilah perkembangan kami.....
15 Jan - 09 Mac : Kursus Penternakan di Unisel, Shah Alam
19 Mac - 19 Apr : Praktikal di Sungai Buloh Farm dan lawatan ke beberapa ladang ternakan sekitar Selangor.
22-23 May : Seminar Usahawantani anjuran Bank Pertanian Malaysia
Jumlah ternakan :
Biri-biri : 25 ekor
Jamnapari dan kacukan Anglo : 25 ekor
Lembu : 15 ekor
Rancangan tambahan stok :
Jun 2007 : RM8,000 (Jamnapari)
Dec 2007 : RM25,000 (Boer, Jamnapari, Feral)
Walaubagaimanapun, kami juga membuat trading dalam membekalkan ternakan, hasil ternakan termasuk tinja mentah, makanan, ubat-ubatan, peralatan berkaitan ternakan dan penyediaan kandang kambing. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mzurli-khan@blogger.com.
InsyaAllah, selepas ini saya akan kembali menulis. Banyak yang ingin dikongsikan bersama ditujukan khas untuk mereka yang bermula kecil seperti saya. Satu saja pesanan saya...... rumah sebiji bermula dari sebutir bata. Tak perlu kita merasa kecil jika hasrat kita tinggi menggunung. Inilah masanya kita buktikan!!!!! Ayuh, kawan-kawan penternak semua......
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment