Sebenarnya sayapun baru je nak menyentuh cerita yang sama seperti entri sahabat kita esis : Bijaksananya penternak itu!. Nampaknya fenomena itu bukanlah satu tohmahan.... kerana ia memang betul-betul wujud!!!! Itulah tandanya orang yang tidak mahu bersyukur. Wallahualam.
Sewaktu pertemuan dengan pihak JPH Negeri tak lama dulu ketika diberi peluang membincangkan permasalahan semua penternak baru di satu seminar, semua hadirin diberitakan dengan tawaran yang sama. JPH ada menyediakan khidmat pemberian baka Boer percuma sehingga 50 ekor pada penternak yang berkelayakan. Tapi bukanlah satu subsidi semata-mata. Penternak diberi peluang mengembangkan ternakan mereka, tetapi yang penting 50 ekor kambing Boer mestilah dikembalikan semula dalam tempoh 3 tahun selepas itu. Itupun sudah cukup menarik.
Cuma apa yang dikesalkan, untuk tempoh tahun 2007 ini , daripada lebih daripada 200 pemohon, hanya 3 orang sahaja yang baru diberikan kemudahan ini. Kenapa ya? Saya dapat bayangkan bagaimana sukarnya pihak JPH untuk menimbangkan semua permohonan itu..... kalau penternak sendiri tidak berterimakasih atas apa yang telah mereka perolehi, maka penternak baru yang menerima padahnya....
Begitulah halnya dengan kemudahan pinjaman samada daripada institusi kerajaan mahupun institusi kewangan. Malanglah pada orang yang terkemudian, akibat 'keculasan' pihak peminjam terdahulu melunaskan bayaran balik, maka makin sempitlah peluang penternak-penternak baru itu.
Saya tidak pelik, cuma saya bersimpati dengan kebijaksanaan penternak yang diibaratkan seperti pepatah "pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar". Jika mereka sia-siakan kemudahan ini, maka mereka telah sia-siakan "rezeki percuma" yang telah diberikan kepada mereka. Maka terkempunanlah penternak itu daripada menikmati kesenangan yang sepatutnya mereka kecapi dalam selangkah dua saja lagi............ biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1 comment:
Pengalaman saya dengan Jabatan Haiwan tidak jauh bezanya.. Yang penting, kita sesama penternak mesti bekerjasama sehingga boleh berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.. Salam perkenalan dari Projek Kambing FAD... Lawati kami di kambingku.blogspot.com..
Post a Comment