Saturday, June 09, 2007

WALK THE TALK

Semalam sambil berehat bersama anak2 menonton tv, terpapar selingan satu segmen yang bakal disiarkan - WALK THE TALK. Teringat saya pada salah seorang Jutawan internet yang mendapat gelaran itu pada usia 25 tahun, iaitu saudara Irfan Khairi.... ramai yang memberi komen, beliau mampu menjadi jutawan kerana beliau punya sikap - walk the talk!!!

ROBERT KIYOSAKI yang terkenal dengan buku Rich Dad Poor Dad juga pernah menyebut perkara yang sama, jika mahu berjaya mestilah WALK THE TALK.

Saya juga banyak kali mencari maknanya. Bukan mudah seperti disebut. Kalau orang sekarang akan kata........ Cakap mesti serupa bikin. Kadang-kadang kita merancang itu ini, tapi tak semua yang dirancang akan direalisasikan, kerana ada sebahagiannya kita terlupa atau tinggal sebagai satu rancangan..... atau lebih tepatnya hanya tinggal angan-angan.

Perkara beginilah yang patut kita elakkan. Hatta saya sendiripun sedang berusaha untuk mengotakan apa yang sedang bermain dalam fikiran. Caranya saya wujudkan satu log book. Bila datang saja sebarang idea, saya akan catitkan atau lakarkan. Kemudian saya berbincang suami isteri. Mungkin ada juga sedikit argument, tapi tak mengapa asalkan ada solutionnya. Jika ok, barulah saya update Business Plan (BP) saya..... kerana BP inilah yang sering menjadi guideline tentang projek ini. Tak kisahlah kalau orang kata, lebih sudu dari kuah. Tapi saya tetapkan matlamat saya untuk jangkamasa 5 tahun akan datang. Dan InsyaAllah, itulah aim saya yang PASTI saya capai. Moga Allah memberkati usaha ini.

Okaylah hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang carta atau program pemberian vitamin untuk kambing yang mungkin boleh dijadikan program bagi ternakan kambing saudara penternak semua.

Program anak kambing - Diberi Fercobsang dengan dos 1-2ml (bawah kulit) pada usia 1 minggu. Dan sekali lagi ketika cerai susu dengan dos 3ml (otot). Di samping itu selepas cerai susu juga bolehlah diberikan Vitamin ADE3C (3ml) - otot dan Ivermectin (1 ml) - bawah kulit.

Program ibu - Diberikan Vitamin ADE3C (3-5 ml) - otot selepas 2 minggu beranak serta Minerasol 3ml (bawah kulit).

Program bapa/jantan - Selepherol - vitamin E/Selenium - 2 ml (otot). Juga diberikan Cobaphos sebanyak 3 ml (otot) 1-2 jam sebelum kahwin.

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

saya suka artikel walk the talk ni.

Saya suka katakan bahawa biar kita jadi mat jenin. biar lebih sudu dari kuah.

itu impian kita. itu niat kita. Kajayaan hanya tercapai apabila ada impian. apabila ada niat.

ini jauh lebih baik drpd orang yang langsung tiada impian.

solat pun bermula dengan niat. saya suka berimpian. heheh

ANZ said...

ye lah esis. I believe in that.

Mulakan dengan impian, kotakan dengan perbuatan, istiqamah... insyaAllah pasti jadi.

moga kita sama2 berjaya yek...