Monday, April 21, 2008

Down to Earth!!! Inilah realitinya...........

Salam ketemu lagi....

Tiap kali saya membuka blog ini..... saya speechless. Tak ada apa yang hendak ditulis. Masih terlalu awal untuk menceritakan apa perkembangan kami sebenarnya.

Rentetan daripada "serangan" harga sejak tahun lalu, saya hampir terjelepuk jatuh. Sedikit sebanyak agak tersasar perancangan kami. Agak jauh sebenarnya. Tapi sedikitpun tidak mencacatkan semangat kami untuk meneruskannya.

Tak malu untuk saya mengaku bahawa saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan kambing kami. Bukan kecewa tetapi kami rasa perlu bermula semula dari bawah. Kami ingin benar-benar bersedia untuk menjadi lebih agresif.

Kandang lama yang telah dimuatkan lebih 60 ekor Boer dan Jamnapari, diuruskan oleh ayah sepenuhnya. Begitu semangatnya ayah kerana memang sudah menjadi nadinya sejak dari dulu lagi. Memang tidak boleh disangkal lagi.

Kandang baru yang kini menempatkan 22 ekor kambing campuran menjadi tempat permulaan kami untuk memulakan semula segalanya. Kambing-kambing ini belum sedia untuk dijual kerana kami mensasarkan ia boleh dikomersialkan selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk melaksanakan Fasa-fasa pembangunan yang telah diubah saat-saat akhir tahun lalu. Sebab itulah blog ini dibiarkan sepi seketika.

Walaubagaimanapun aktiviti trading berjalan seperti biasa. Kami membekalkan kambing mengikut keperluan. Alhamdulillah, dengan adanya rangkaian penternak, kami masih mampu memenuhi permintaan walaupun tidak banyak.

Sebagai "orang baru" dalam industri ini, banyak peluang yang tidak boleh diketepikan. Dalam memaksimakan penggunaan sumber dan meningkatkan produktiviti, kami berpeluang menceburkan diri dalam beberapa projek. Ada diantaranya telah membuahkan hasil dan sebahagiannya pula masih dalam perlaksanaan.

InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan mengupdatekan segalanya pada semua. Tunggu saja perkembangannya nanti!!!

Jumpa lagi.

5 comments:

Ibnu Sa'eed said...

saya berminat untuk meneroka bidang ternak kambing macam saudara. tetapi saya belum memulakan apa2, kecuali meninjau kursus di Jab Veterinar, tetapi belum pasti bila.
Sebagai permulaan apa yang patut lakukan... selain pergi kursus.

harap saudara dapat bantu.

sekian.
Zulkifli Mohd Said
016-3300468

Anonymous said...

fitriyusof
assalamualaikum bro, sabar bro..pelan2 kayuh..
mg sy xdpt tlg bro,hanya kata2 utk memberi semangat..
mungkin ini ujian dari Allah sebelum memberi bro kejayaan.

saya pun berminat nak menceburi ternakan kaming , tapi saya sudah mendaftar utk menyambung belajar..

kalau ada paper yang bro blrh kongsi@nasihat sy,
hubungi di fitriyusof@yahoo.com


selamat menyambut aidilfitri
may Allah bless you

Passionate Blogger said...

Apa khabar? Diharap setelah sekian lama speechless, saudara boleh berkongsi semula pengalaman menternak kambing dgn blogger2 lain.

Wady said...

Perhatian kepada para Penternak dan Peladang. Sekarang anda boleh mempromosikan produk anda secara PERCUMA di Uniaga.com - Malaysia's Free Marketplace

365sbobet said...

365SBOBET | Agen Sbobet Resmi Layanan Agen Slot Online Terpercaya Indonesia

Agen Sbobet adalah situs taruhan secara daring. 365BOBET beroperasi di Asia yang dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation

agen sbobet
365sbobet
sbobet
sbobet online
situs sbobet
situs sbobet online
situs agen sbobet
situs agen sbobet online
agen slot
slot
slot online
situs slot
situs slot online
situs agen slot
situs agen slot online