Thursday, June 28, 2007
Fenomena Penternak Kampung..... Sayangnya.....
"Ha... apa halnya?"
"Gini lah mak lang. Mintak tolong mak lang kandangkan lembu-lembu mak lang tu. Dah banyak kali lembu-lembu tu berkandang dalam laman saya ni. Tak larat nak angkut taik hari-hari. Yang tu saya tak kisah lagi... tapi sampai habis diragutnya semua tanaman saya. Mana boleh tahan"..
"Jangan kau nak salahkan lembu-lembu aku pulak. Kebun kau tu patut kena pagar betul-betul. Binatang tu memang tak berotak".
--------------------------------------------------------------------------------------
"Andak, pasal apa kau pandai-pandai sembelih kambing aku? Aku kenal sangat kambing aku tu!"
"Aku tau kambing tu engkau punya. Tapi daripada mati katak macam tu je, aku tolong sembelihkan. Bukannya aku nak pun. Kebetulan aku lalu masa kambing kau kena langgar".
"Mujur aku tau dulu. Kalau tak agaknya senang-senang je kau dah jual. Lepas tu haram duitnya pun aku tak merasa"
"Astaghfirullah..... "
-------------------------------------------------------------------------------------
Itu antara fenomena penternak kampung berpuluh tahun semasa saya kecil dulu. Saya kira tak mungkin ia berlaku lagi di zaman yang serba moden ni. Kerana orang kampung sekarang lebih bersikap terbuka. Mereka lebih berpelajaran dan mudah dibawa berunding. Tapi sangkaan saya agak meleset.
Sayangnya......
Kadang-kadang terfikir dan terdetik di hati. Biar saya menawarkan diri untuk "membantu" mereka menempatkan dan mengumpulkan semua ternakan mereka di satu tempat yang sepatutnya. Sama-sama mengendalikannya sebagai sebuah organisasi. Bukankah elok??? Tetapi betapa kerdilnya diri ini. Saya masih tak mampu. Mereka punya berpuluh bidang tanah, berbanding saya yang punya hanya sekangkang kera. Lagipun mereka telah berpuluh tahun bergelumang dengan selut dan semak samun, sedangkan saya masih bertatih..... baru setahun jagung dan baru belajar bermasyarakat di sini...
Tapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Lebih 90% yang masih di sini terdiri daripada warga tua yang melebihi separuh abad. Kalau nak dihitungkan anak-anak yang bersekolah rendahpun tak sampai 150 orang. Itupun sebahagiannya kerana dipelihara oleh datuk nenek. Sebahagian besar rumah juga ada yang telah dibiarkan kosong kerana penghuninya telah meninggal. Anak-anak entah di mana. Berpuluh ekar tanah dibiarkan kosong malah semak samun dihuni babi hutan.
Moga misi saya untuk membangunkan semula kampung ini memberi saya setidak-tidaknya sedikit pengertian untuk generasi akan datang..... terutama anak-anak saya.
Wallahualam.
Friday, June 15, 2007
Hari Ini Hari Esok
Sebenarnya sayapun baru je nak menyentuh cerita yang sama seperti entri sahabat kita esis : Bijaksananya penternak itu!. Nampaknya fenomena itu bukanlah satu tohmahan.... kerana ia memang betul-betul wujud!!!! Itulah tandanya orang yang tidak mahu bersyukur. Wallahualam.
Sewaktu pertemuan dengan pihak JPH Negeri tak lama dulu ketika diberi peluang membincangkan permasalahan semua penternak baru di satu seminar, semua hadirin diberitakan dengan tawaran yang sama. JPH ada menyediakan khidmat pemberian baka Boer percuma sehingga 50 ekor pada penternak yang berkelayakan. Tapi bukanlah satu subsidi semata-mata. Penternak diberi peluang mengembangkan ternakan mereka, tetapi yang penting 50 ekor kambing Boer mestilah dikembalikan semula dalam tempoh 3 tahun selepas itu. Itupun sudah cukup menarik.
Cuma apa yang dikesalkan, untuk tempoh tahun 2007 ini , daripada lebih daripada 200 pemohon, hanya 3 orang sahaja yang baru diberikan kemudahan ini. Kenapa ya? Saya dapat bayangkan bagaimana sukarnya pihak JPH untuk menimbangkan semua permohonan itu..... kalau penternak sendiri tidak berterimakasih atas apa yang telah mereka perolehi, maka penternak baru yang menerima padahnya....
Begitulah halnya dengan kemudahan pinjaman samada daripada institusi kerajaan mahupun institusi kewangan. Malanglah pada orang yang terkemudian, akibat 'keculasan' pihak peminjam terdahulu melunaskan bayaran balik, maka makin sempitlah peluang penternak-penternak baru itu.
Saya tidak pelik, cuma saya bersimpati dengan kebijaksanaan penternak yang diibaratkan seperti pepatah "pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar". Jika mereka sia-siakan kemudahan ini, maka mereka telah sia-siakan "rezeki percuma" yang telah diberikan kepada mereka. Maka terkempunanlah penternak itu daripada menikmati kesenangan yang sepatutnya mereka kecapi dalam selangkah dua saja lagi............ biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Saturday, June 09, 2007
WALK THE TALK
ROBERT KIYOSAKI yang terkenal dengan buku Rich Dad Poor Dad juga pernah menyebut perkara yang sama, jika mahu berjaya mestilah WALK THE TALK.
Saya juga banyak kali mencari maknanya. Bukan mudah seperti disebut. Kalau orang sekarang akan kata........ Cakap mesti serupa bikin. Kadang-kadang kita merancang itu ini, tapi tak semua yang dirancang akan direalisasikan, kerana ada sebahagiannya kita terlupa atau tinggal sebagai satu rancangan..... atau lebih tepatnya hanya tinggal angan-angan.
Perkara beginilah yang patut kita elakkan. Hatta saya sendiripun sedang berusaha untuk mengotakan apa yang sedang bermain dalam fikiran. Caranya saya wujudkan satu log book. Bila datang saja sebarang idea, saya akan catitkan atau lakarkan. Kemudian saya berbincang suami isteri. Mungkin ada juga sedikit argument, tapi tak mengapa asalkan ada solutionnya. Jika ok, barulah saya update Business Plan (BP) saya..... kerana BP inilah yang sering menjadi guideline tentang projek ini. Tak kisahlah kalau orang kata, lebih sudu dari kuah. Tapi saya tetapkan matlamat saya untuk jangkamasa 5 tahun akan datang. Dan InsyaAllah, itulah aim saya yang PASTI saya capai. Moga Allah memberkati usaha ini.
Okaylah hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang carta atau program pemberian vitamin untuk kambing yang mungkin boleh dijadikan program bagi ternakan kambing saudara penternak semua.
Program anak kambing - Diberi Fercobsang dengan dos 1-2ml (bawah kulit) pada usia 1 minggu. Dan sekali lagi ketika cerai susu dengan dos 3ml (otot). Di samping itu selepas cerai susu juga bolehlah diberikan Vitamin ADE3C (3ml) - otot dan Ivermectin (1 ml) - bawah kulit.
Program ibu - Diberikan Vitamin ADE3C (3-5 ml) - otot selepas 2 minggu beranak serta Minerasol 3ml (bawah kulit).
Program bapa/jantan - Selepherol - vitamin E/Selenium - 2 ml (otot). Juga diberikan Cobaphos sebanyak 3 ml (otot) 1-2 jam sebelum kahwin.
Wassalam.
Thursday, June 07, 2007
Kembali Bersemangat.
Lima bulan yang lalu, kami menghadapi masalah yang mungkin nampak kecil tetapi tidak boleh dipandang remeh. Selepas banjir yang memusnahkan tanaman, kami terpaksa bermula semula. Mujur masih ada rezeki kami bila kami ditawarkan menyertai tanaman kelompok. Walaupun terpaksa berkongsi dengan peserta lain, kami tetap menggunakan peluang ini untuk meneruskan projek kami. Dicelah-celah kesibukan kami menanam tebu dan pisang, sempat juga kami menyediakan sedikit kawasan untuk rumput.
Di ladang yang seluas 7 ekar tu, kami bangunkan semula tanaman lain yang masih punya ruang untuk 'hidup'. Mujur kambing/biri2 serta lembu kami tidak terjejas. Selepas mempertimbangkan beberapa faktor, kami mengambil keputusan untuk memindahkan sebahagian kambing ke kandang baru. Beberapa ternakan yang tinggal dan punya potensi untuk jualan, kami kekalkan di kandang asal........ termasuk juga lembu-lembu. Kami berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ternakan kambing sementara lembu hanyalah untuk tujuan fattening/transit.
Schedule kami untuk membuka ladang untuk lawatan terpaksa ditangguh. Walaubagaimanapun, ladang asal masih boleh dilawati. Jika berminat bolehlah e-mail anlasim@hotmail.com.
Alhamdulillah, seperti yang dirancang, kami membawa masuk 5 ekor lagi ternakan Jamnapari dan Boer F2 sebagai baka induk. Mulanya kami rancangkan untuk memperolehi jenis Jamnapari sahaja tetapi kami ubah plan saat-saat akhir kerana tidak sabar menunggu Disember. Terraweena Stud dikatakan baka terbaik Boer. Saya juga ada membaca salah satu keratan akhbar yang masih ada dalam simpanan saya berkenaan kambing Australia ini. Sebab itulah kami terus tidak berfikir panjang. InsyaAllah, saya akan paparkan beberapa foto ternakan kami.
Okay rakan usahawan semua...... jumpa lagi.