Wednesday, October 18, 2006

Pelajarilah Bisnes Orang Cina

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu menarik nafas lega selepas anak bongsu saya akhirnya dibenarkan pulang selepas 2 minggu terlantar di hospital akibat masalah buah pinggang yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrom. Dan seronoknya abang2 dan kakaknya bila malam tadi kami sekeluarga keluar mendapatkan pakaian dan beberapa persediaan raya.

Hari ini saya teringat semula pada buku yang saya baca semasa menunggu anak saya dihospital tempohari. Begitu menarik sekali, yang saya beli semasa berada di Terminal 1 Seremban awal bulan ni.

Buku tulisan saudara Nasnan Jajuli bertajuk "Melahirkan JUTAWAN melalui Sektor Pertanian". Salah satu tulisan yang benar-benar memberi kesan ialah bila beliau menyatakan antara faktor yang menyebabkan kaum Melayu selalu kecundang dalam perniagaan adalah disebabkan mempunyai banyak idea di dalam dirinya jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Katakan seorang pengusaha Melayu menceburkan diri dalam bidang penternakan dan gagal atau mengalami masalah dengan ternakan yang diusahakannya. Ini menyebabkan pengusaha pengusaha tersebut lari dan beralih kepada idea atau projek baru yang difikirkannya mungkin lebih mudah atau mampu dilakukannya.

Keadaan ini berlainan dengan kaum Cina. Mereka kekurangan idea, jadi mereka terpaksa menghadapi dan meneruskan projek tersebut walau apapun terjadi. Rupanya dengan idea yang kurang atau miskin idea, seseorang individu akan lebih berjaya berbanding individu yang kaya idea.

Dan satu lagi buku yang menyentuh tentang keusahawanan sebenar ialah dalam buku tulisan saudara An Wan Seng bertajuk "Bisnes Orang Cina".

Resmi bisnes orang cina, satu ketika dahulu seorang lelaki menjaja air minuman ditepi jalan, hari ini anaknya membuka sebuah restoran dan kemudian cucunya pula membuka kilang memproses minuman.

Jadi pada semua bakal usahawan dan sebagai peringatan untuk diri saya juga, biar sekecil mana sekalipun kita bermula dalam bidang ini, tetapkan matlamat kita dan teruskan usaha untuk mencapai impian dan matlamat tersebut.

Setelah mempertimbangkan beberapa faktor dan visi kami untuk jangkamasa panjang, kami telah mengambil keputusan untuk menjual sebahagian besar kambing yang ada untuk menampung keperluan projek kami seterusnya. Berikut adalah status projek kami :-

Pembersihan kawasan untuk pembinaan kandang kambing yang lebih besar
Kandang lembu sementara
Sebahagian kawasan penanaman rumput Guinea
Padang ragut yang masih perlu diberi perhatian
Sebilangan bebiri yang tinggal

Thursday, October 05, 2006

Fakta Yang Perlu Kita Tahu

FAKTA PENTING TENTANG PEMBIAKAN KAMBING

Umur Jantan Matang ------------ 9 Bulan (Berat hidup 28-40kg)
Umur Betina Matang ------------ 5-6 Bulan (Berat hidup 18-20kg)
Umur Betina Mula Dikahwinkan - 6 Bulan
Teknik Pembiakan -------------- Dgn pejantan / Permanian berhadas
Purata Tempoh bunting --------- 150 hari
Jarak Antara Kelahiran --------- 200 - 210 hari
Kadar Kelahiran Kembar -------- 70%
Purata Anak Dlm Setahun ------- 1.8 ekor/ibu/tahun


Perbandingan am pulangan pelaburan antara projek Lembu Pedaging Feedlot dan Kambing Pedaging Sistem Intensif

Susunan bidang usaha ternakan dari sudut potensi dan keupayaannya menjana pendapatan :

1. Penternakan ayam (pedaging dan telur)
2. Penternakan puyuh pedaging
3. Bidangusaha Kambing Intensif
4. Bidangusaha Lembu Pedaging Feedlot
5. Bidangusaha intergrasi Lembu Pedaging dengan tanaman kelapa sawit (PINTAR)

Dari sudut pulangan kepada pelaburan, projek kambing intensif ini memberikan pulangan yang lebih baik daripada bidangusaha lembu pedaging feedlot.

Perkara -----------------Kambing Intensif --------------Lembu Feedlot

Kos Kenaikan
Berat Badan / Kg -----------------RM3.00 --------------------RM2.80

Harga Jualan Hidup / Kg------RM12.00 -------------------RM6.00

Untung Rugi ----------------------RM9.00 --------------------RM3.20



****sumber rujukan : Panduan Pengeluaran Kambing Muda Kaprima, JPH Terengganu