Monday, April 21, 2008

Down to Earth!!! Inilah realitinya...........

Salam ketemu lagi....

Tiap kali saya membuka blog ini..... saya speechless. Tak ada apa yang hendak ditulis. Masih terlalu awal untuk menceritakan apa perkembangan kami sebenarnya.

Rentetan daripada "serangan" harga sejak tahun lalu, saya hampir terjelepuk jatuh. Sedikit sebanyak agak tersasar perancangan kami. Agak jauh sebenarnya. Tapi sedikitpun tidak mencacatkan semangat kami untuk meneruskannya.

Tak malu untuk saya mengaku bahawa saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan kambing kami. Bukan kecewa tetapi kami rasa perlu bermula semula dari bawah. Kami ingin benar-benar bersedia untuk menjadi lebih agresif.

Kandang lama yang telah dimuatkan lebih 60 ekor Boer dan Jamnapari, diuruskan oleh ayah sepenuhnya. Begitu semangatnya ayah kerana memang sudah menjadi nadinya sejak dari dulu lagi. Memang tidak boleh disangkal lagi.

Kandang baru yang kini menempatkan 22 ekor kambing campuran menjadi tempat permulaan kami untuk memulakan semula segalanya. Kambing-kambing ini belum sedia untuk dijual kerana kami mensasarkan ia boleh dikomersialkan selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk melaksanakan Fasa-fasa pembangunan yang telah diubah saat-saat akhir tahun lalu. Sebab itulah blog ini dibiarkan sepi seketika.

Walaubagaimanapun aktiviti trading berjalan seperti biasa. Kami membekalkan kambing mengikut keperluan. Alhamdulillah, dengan adanya rangkaian penternak, kami masih mampu memenuhi permintaan walaupun tidak banyak.

Sebagai "orang baru" dalam industri ini, banyak peluang yang tidak boleh diketepikan. Dalam memaksimakan penggunaan sumber dan meningkatkan produktiviti, kami berpeluang menceburkan diri dalam beberapa projek. Ada diantaranya telah membuahkan hasil dan sebahagiannya pula masih dalam perlaksanaan.

InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan mengupdatekan segalanya pada semua. Tunggu saja perkembangannya nanti!!!

Jumpa lagi.