Thursday, September 28, 2006

Potensi Industri Penternakan Kambing

(Sumber dipetik daripada laman web www.jamnapari.com)
Pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara di anggarkan sebanyak 241,000 ekor, manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.


(Sumber dipetik daripada laman web http://agrolink.moa.my/jph/)

Mengikut perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600 000 ekor) pada 2003. Setakat ini, hanya 1000 tan ataupun hanya 6% -7% yang diperolehi daripada penternak tempatan dan selebihnya adalah diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk penternak-penternak tempatan. Permintaan dijangka akan meningkat sehingga 20 000 metrik tan pada tahun 2010. Keperluan sara diri negara bagi daging kambing hanya dapat ditingkatkan dengan mewujudkan lebih banyak ladang pembiakbakaan yang komersial di Malaysia.
Nota:
Pada adik-adik (17thn - 25 thn) yang benar-benar berminat dalam bidang penternakan dan ingin mendalami industri ini secara serius, peluang mengikuti kursus sijil veterinar selama 2 tahun melalui JPH. Sila layari http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/iklan-kursus-sijil-veterinar.pdf untuk keterangan lanjut.

Wednesday, September 27, 2006

Rule No. 1 : Jangan Terburu-buru.

Setahun yang lalu semasa saya menyatakan keinginan saya untuk menjadi penternak, bunyinya macam kelakar. Semua orang termasuk adik-beradik saya bagaikan tidak percaya. Dan pastinya mereka kurang menggalakkan sebab saya sudah punya karier yang tetap dan kehidupan yang selesa. Waktu tu saya sudah memiliki sedikit simpanan yang saya fikir sudah cukup untuk memulakan hasrat saya.

Ketika membincangkan perkara ini dengan bapa mertua, dia betul-betul memberikan saya keyakinan bahawa niat saya memang berbaloi. Jadi, sebagai orang yang berpengalaman, banyak tips dan ideanya dikongsikan untuk menaikkan semangat saya untuk meneruskannya.

Waktu itu, bapa mertua saya telahpun memiliki hampir 50 ekor bebiri dan lebih kurang 20 ekor lembu (cuma tidak secara komersial). Saya fikir mungkin itu satu peluang yang baik. Dan saya makin yakin saya boleh memulakannya secepat mungkin.

Maka bermulalah kerja saya membuat perkiraan apa yang patut saya lakukan. Bermula dari mana? Semakin saya pertimbangkan, semakin sukar saya rasakan ketika itu. Tidak mudah juga rupanya. Hasrat saya untuk mengambilalih apa yang telah dimulakan oleh bapa mertua saya, masih banyak kekurangan.

Akhirnya, saya terpaksa menangguhkan hasrat saya kerana saya belum cukup bersedia. Saya fikir kalau saya teruskan juga, saya bimbang saya akan terbantut sekerat jalan kerana saya masih samar dengan kemampuan saya.

Jadi perkara pertama saya lakukan, menyediakan pelan perniagaan!!! Kalau saya mampu lakukan sesungguh hati, barulah saya berani memulakannya.

Berikut adalah melalui pengalaman saya sendiri bagaimana saya menentukan kos perlaksanaan projek saya.

Kos-kos perlaksanaan yang perlu ditimbangkan

Kos permulaan
- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)

Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)

Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar
- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)
- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti

Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.

Monday, September 25, 2006

There is always a first time.....

Saya ada terbaca seseorang menulis (tapi saya lupa dari sumber mana) - "Jika Allah memakbulkan doamu, Dia menunjukkan KASIHNya padamu, andai Dia lambat menunaikan hasratmu, maka Dia sedang MENGUJImu.... dan sekiranya Dia tidak mengendahkan doamu, maka Dia amat MENYAYANGImu kerana ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggumu di hadapan..... Oleh itu teruskanlah berdoa!!!"

Saya amat berterimakasih kepada penulis itu walaupun sebenarnya dia mungkin tidak bermaksud untuk menujukan kepada sesiapa.... tiba-tiba saja saya rasa saya perlu menulisnya di sini sebagai satu kata semangat yang mahu saya pegang sampai bila-bila.

Okay.... sebagai panduan untuk masa hadapan dan mungkin boleh digunapakai oleh sesiapa yang ingin memulakan perniagaan...... biar bidang apa sekalipun, sebelum kita melangkah lebih jauh, kita mestilah tahu dan faham apa yang kita mahukan dari perniagaan yang bakal kita jalankan.

Dari segi persediaan modal misalnya....... amatlah digalakkan kita berusaha mengumpulkan dana kita sendiri sebelum kita melangkahkan kaki ke dunia perniagaan. Saya bukanlah bermaksud saya begitu berpengalaman dalam sebarang dunia perniagaan terutamanya bidang penternakan ini. Tapi sepertimana saya katakan sebelum ini..... saya didik dan bina keyakinan diri terlebih dahulu sebelum memberanikan diri menyahut cabaran ini.

Ada juga yang bertanya berapa banyak modal yang perlu seseorang penternak itu sediakan untuk memulakan biz ini?

Saya juga bingung menentukan berapa yang perlu saya ada kalau inilah pilihan saya.... tapi setelah bertungkus lumus cuba menyiapkan RP saya, barulah saya tahu.... sikit atau banyaknya modal bergantung kepada apa yang kita mahukan dan visi sebenar kita.

Ada dua persoalan yang perlu kita timbangkan. Adakah kita mahu memulakan dari apa yang kita ada atau mengadakan apa yang kita mahu? Dari situ barulah kita boleh mengambil keputusan yang betul.

Apapun keputusan, ianya tetap berisiko tetapi setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Jika kita ingin mendapatkan bantuan kewangan, perkara pertama yang mesti kita pertimbangkan adalah kemampuan kita untuk membuat bayaran balik. Kita mestilah serius dalam menentukannya.

Dalam islam sekalipun kita diwajibkan membayar hutang. Jadi jangan sesekali berhutang jika kita tahu kita tak mampu kendalikannya!

Memandangkan saya juga amat baru dalam industri ini, saya juga menghadapi banyak masalah dalam penyediaan modal ini.... tapi alhamdulillah, fasa I saya telahpun berjaya.

Saya akan kongsikan sedikit bagaimana saya mengusahakannya dalam topik akan datang. Moga ia dapat memberikan sedikit idea kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam industri ini. Dan yang paling penting sebagai panduan dan rujukan saya di masa akan datang.

Saya yakin..... memang tak rugi kalau kita berbudi pada tanah! InsyaAllah.

Wallahualam.

Tuesday, September 19, 2006

Maha 2006

Optimumkan Kemudahan Yang Ada!!!

Selepas beberapa ketika membuat sedikit survey, saya amat tertarik dengan beberapa usahawan muda yang begitu giat mengusahakan biz ini. Betapa saya kagum kerana dalam usia yang muda mereka telah membuka mata dan mengambil kesempatan yang baik ini dengan memilih agriculture sebagai pilihan kerjaya mereka.

Kerajaan khabarnya sedang giat mempromosikan bio-tech, pastinya perindustrian berasaskan pertanian. Menteri kita yang bertanggungjawab tentang industri ini, Tan Sri Muhyidin Yasin juga begitu pro-aktif menggambarkan potensi besar yang mampu disumbangkan oleh industri ini dan perkembangan yang sihat ini patut diberikan perhatian dalam membantu graduan-graduan yang semakin sukar mendapat tempat dalam bidang pekerjaan makan gaji.

Bagi saya yang telah lama bekerja dalam bidang korporat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Terasa sedikit kesal kerana tidak terfikir untuk menjerumuskan diri dalam kancah penternakan sejak dari dulu lagi. Tapi apa yang berlaku sebenarnya ada juga hikmahnya.

Saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak muda memulakannya kerana kerajaan menyediakan banyak insentif untuk mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini. Kenaikan budget untuk RMK9 hampir mencecah 100% berbanding sebelumnya dalam menggalakkan pengusaha ternakan bagi mengurangkan pengimportan daging (daging kambing terutamanya).

Bagi anak-anak muda berusia 35 tahun ke bawah, telah disediakan skim siswazah yang memberi ruang dan membantu mereka merealisasikan impian menjadi seorang usahawan. Bukan setakat bermula dari '0' malah mereka juga dibekalkan dengan mentor jika diperlukan.

Namun bagi saya yang 'terlebih' umur ini, bukanlah sesuatu halangan. Masih terdapat sokongan kewangan yang masih boleh dipergunakan seperti skim kredit mikro.

Mungkin saya akan ceritakan sedikit bagaimana saya menyediakan modal permulaan selepas ini.

Thursday, September 14, 2006

Mean Business


To give yourself the best chance at business success, you'll need to carefully plan your business. Your business plan is extremely important as it serves as your road map to success. It serves to guide you in the same manner as a road map guides you on a trip. A business plan helps you chart your course and plan for the future. It makes you take a look at your goals, helps you form your plans of action, and make decisions and plans based on facts-not guesswork. Your business plan helps you overcome and anticipate obstacles before they happen so you can plan a course of action to bypass them.

Whether you are new to the world of business or have been around awhile, periodically updating your business plan will allow you to take control of who you are and where you're going by auditing and analyzing your business regularly.

Do you know which of your products or services generate the most profit for you?
Do you know your break-even point?
Do you know how much business you have to do to make a profit.
Are you obtaining your materials at the best possible cost?
Do you know who your present competition is and what you have to do to be competitive?
Do you know who your present target market is and how to reach them?
Have you honestly taken a step back from your business and analyzed your largest challenges and how to you intend to solve them?
Do you have short-term and long range goals for your business?
It is not sufficient to simply keep everything in your head and expect to pull out what you need when you require direction. By putting your business plan in writing you have the ability to take it out and look at it in black and white. Don't put off developing your business plan another day.
Do it now!

Wednesday, September 13, 2006

Garis Panduan Pelan Perniagaan

Dipetik daripada Laman Web MECD

Penyediaan Pelan Perniagaan
Rancangan Perniagaan

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. RumusanPenyediaan (RP)


1. Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RPNyatakan sama ada:
  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
  • tanggungjawab setiap jawatan
  • imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
6. Rancangan Pemasaran

Analisis Pasaran
  • untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
  • mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
  • mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
  • Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
  • Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.


Ramalan Jualan
- syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

Strategi Pemasaran

  • Strategi pemasaran secara keseluruhan
  • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
  • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
Strategi barangan
- faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

Strategi harga
  • penentuan harga
  • tawaran harga dan sebagainya.
Strategi Pengedaran
  • cara pengedaran dibuat
  • kos-kos yang terlibat
  • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
Strategi promosi

  • teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
  • Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
    - jumlah pengeluaran
    - keupayaan maksimum
    - penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :
  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

- modal sendiri
- pinjaman bank
- sewa beli
- lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.


Nota:
Sumber rujukan-
'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.