Thursday, September 28, 2006

Potensi Industri Penternakan Kambing

(Sumber dipetik daripada laman web www.jamnapari.com)
Pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara di anggarkan sebanyak 241,000 ekor, manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.


(Sumber dipetik daripada laman web http://agrolink.moa.my/jph/)

Mengikut perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600 000 ekor) pada 2003. Setakat ini, hanya 1000 tan ataupun hanya 6% -7% yang diperolehi daripada penternak tempatan dan selebihnya adalah diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk penternak-penternak tempatan. Permintaan dijangka akan meningkat sehingga 20 000 metrik tan pada tahun 2010. Keperluan sara diri negara bagi daging kambing hanya dapat ditingkatkan dengan mewujudkan lebih banyak ladang pembiakbakaan yang komersial di Malaysia.
Nota:
Pada adik-adik (17thn - 25 thn) yang benar-benar berminat dalam bidang penternakan dan ingin mendalami industri ini secara serius, peluang mengikuti kursus sijil veterinar selama 2 tahun melalui JPH. Sila layari http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/iklan-kursus-sijil-veterinar.pdf untuk keterangan lanjut.

Wednesday, September 27, 2006

Rule No. 1 : Jangan Terburu-buru.

Setahun yang lalu semasa saya menyatakan keinginan saya untuk menjadi penternak, bunyinya macam kelakar. Semua orang termasuk adik-beradik saya bagaikan tidak percaya. Dan pastinya mereka kurang menggalakkan sebab saya sudah punya karier yang tetap dan kehidupan yang selesa. Waktu tu saya sudah memiliki sedikit simpanan yang saya fikir sudah cukup untuk memulakan hasrat saya.

Ketika membincangkan perkara ini dengan bapa mertua, dia betul-betul memberikan saya keyakinan bahawa niat saya memang berbaloi. Jadi, sebagai orang yang berpengalaman, banyak tips dan ideanya dikongsikan untuk menaikkan semangat saya untuk meneruskannya.

Waktu itu, bapa mertua saya telahpun memiliki hampir 50 ekor bebiri dan lebih kurang 20 ekor lembu (cuma tidak secara komersial). Saya fikir mungkin itu satu peluang yang baik. Dan saya makin yakin saya boleh memulakannya secepat mungkin.

Maka bermulalah kerja saya membuat perkiraan apa yang patut saya lakukan. Bermula dari mana? Semakin saya pertimbangkan, semakin sukar saya rasakan ketika itu. Tidak mudah juga rupanya. Hasrat saya untuk mengambilalih apa yang telah dimulakan oleh bapa mertua saya, masih banyak kekurangan.

Akhirnya, saya terpaksa menangguhkan hasrat saya kerana saya belum cukup bersedia. Saya fikir kalau saya teruskan juga, saya bimbang saya akan terbantut sekerat jalan kerana saya masih samar dengan kemampuan saya.

Jadi perkara pertama saya lakukan, menyediakan pelan perniagaan!!! Kalau saya mampu lakukan sesungguh hati, barulah saya berani memulakannya.

Berikut adalah melalui pengalaman saya sendiri bagaimana saya menentukan kos perlaksanaan projek saya.

Kos-kos perlaksanaan yang perlu ditimbangkan

Kos permulaan
- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)

Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)

Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar
- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)
- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti

Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.

Monday, September 25, 2006

There is always a first time.....

Saya ada terbaca seseorang menulis (tapi saya lupa dari sumber mana) - "Jika Allah memakbulkan doamu, Dia menunjukkan KASIHNya padamu, andai Dia lambat menunaikan hasratmu, maka Dia sedang MENGUJImu.... dan sekiranya Dia tidak mengendahkan doamu, maka Dia amat MENYAYANGImu kerana ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggumu di hadapan..... Oleh itu teruskanlah berdoa!!!"

Saya amat berterimakasih kepada penulis itu walaupun sebenarnya dia mungkin tidak bermaksud untuk menujukan kepada sesiapa.... tiba-tiba saja saya rasa saya perlu menulisnya di sini sebagai satu kata semangat yang mahu saya pegang sampai bila-bila.

Okay.... sebagai panduan untuk masa hadapan dan mungkin boleh digunapakai oleh sesiapa yang ingin memulakan perniagaan...... biar bidang apa sekalipun, sebelum kita melangkah lebih jauh, kita mestilah tahu dan faham apa yang kita mahukan dari perniagaan yang bakal kita jalankan.

Dari segi persediaan modal misalnya....... amatlah digalakkan kita berusaha mengumpulkan dana kita sendiri sebelum kita melangkahkan kaki ke dunia perniagaan. Saya bukanlah bermaksud saya begitu berpengalaman dalam sebarang dunia perniagaan terutamanya bidang penternakan ini. Tapi sepertimana saya katakan sebelum ini..... saya didik dan bina keyakinan diri terlebih dahulu sebelum memberanikan diri menyahut cabaran ini.

Ada juga yang bertanya berapa banyak modal yang perlu seseorang penternak itu sediakan untuk memulakan biz ini?

Saya juga bingung menentukan berapa yang perlu saya ada kalau inilah pilihan saya.... tapi setelah bertungkus lumus cuba menyiapkan RP saya, barulah saya tahu.... sikit atau banyaknya modal bergantung kepada apa yang kita mahukan dan visi sebenar kita.

Ada dua persoalan yang perlu kita timbangkan. Adakah kita mahu memulakan dari apa yang kita ada atau mengadakan apa yang kita mahu? Dari situ barulah kita boleh mengambil keputusan yang betul.

Apapun keputusan, ianya tetap berisiko tetapi setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Jika kita ingin mendapatkan bantuan kewangan, perkara pertama yang mesti kita pertimbangkan adalah kemampuan kita untuk membuat bayaran balik. Kita mestilah serius dalam menentukannya.

Dalam islam sekalipun kita diwajibkan membayar hutang. Jadi jangan sesekali berhutang jika kita tahu kita tak mampu kendalikannya!

Memandangkan saya juga amat baru dalam industri ini, saya juga menghadapi banyak masalah dalam penyediaan modal ini.... tapi alhamdulillah, fasa I saya telahpun berjaya.

Saya akan kongsikan sedikit bagaimana saya mengusahakannya dalam topik akan datang. Moga ia dapat memberikan sedikit idea kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam industri ini. Dan yang paling penting sebagai panduan dan rujukan saya di masa akan datang.

Saya yakin..... memang tak rugi kalau kita berbudi pada tanah! InsyaAllah.

Wallahualam.

Tuesday, September 19, 2006

Maha 2006

Optimumkan Kemudahan Yang Ada!!!

Selepas beberapa ketika membuat sedikit survey, saya amat tertarik dengan beberapa usahawan muda yang begitu giat mengusahakan biz ini. Betapa saya kagum kerana dalam usia yang muda mereka telah membuka mata dan mengambil kesempatan yang baik ini dengan memilih agriculture sebagai pilihan kerjaya mereka.

Kerajaan khabarnya sedang giat mempromosikan bio-tech, pastinya perindustrian berasaskan pertanian. Menteri kita yang bertanggungjawab tentang industri ini, Tan Sri Muhyidin Yasin juga begitu pro-aktif menggambarkan potensi besar yang mampu disumbangkan oleh industri ini dan perkembangan yang sihat ini patut diberikan perhatian dalam membantu graduan-graduan yang semakin sukar mendapat tempat dalam bidang pekerjaan makan gaji.

Bagi saya yang telah lama bekerja dalam bidang korporat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Terasa sedikit kesal kerana tidak terfikir untuk menjerumuskan diri dalam kancah penternakan sejak dari dulu lagi. Tapi apa yang berlaku sebenarnya ada juga hikmahnya.

Saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak muda memulakannya kerana kerajaan menyediakan banyak insentif untuk mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini. Kenaikan budget untuk RMK9 hampir mencecah 100% berbanding sebelumnya dalam menggalakkan pengusaha ternakan bagi mengurangkan pengimportan daging (daging kambing terutamanya).

Bagi anak-anak muda berusia 35 tahun ke bawah, telah disediakan skim siswazah yang memberi ruang dan membantu mereka merealisasikan impian menjadi seorang usahawan. Bukan setakat bermula dari '0' malah mereka juga dibekalkan dengan mentor jika diperlukan.

Namun bagi saya yang 'terlebih' umur ini, bukanlah sesuatu halangan. Masih terdapat sokongan kewangan yang masih boleh dipergunakan seperti skim kredit mikro.

Mungkin saya akan ceritakan sedikit bagaimana saya menyediakan modal permulaan selepas ini.

Thursday, September 14, 2006

Mean Business


To give yourself the best chance at business success, you'll need to carefully plan your business. Your business plan is extremely important as it serves as your road map to success. It serves to guide you in the same manner as a road map guides you on a trip. A business plan helps you chart your course and plan for the future. It makes you take a look at your goals, helps you form your plans of action, and make decisions and plans based on facts-not guesswork. Your business plan helps you overcome and anticipate obstacles before they happen so you can plan a course of action to bypass them.

Whether you are new to the world of business or have been around awhile, periodically updating your business plan will allow you to take control of who you are and where you're going by auditing and analyzing your business regularly.

Do you know which of your products or services generate the most profit for you?
Do you know your break-even point?
Do you know how much business you have to do to make a profit.
Are you obtaining your materials at the best possible cost?
Do you know who your present competition is and what you have to do to be competitive?
Do you know who your present target market is and how to reach them?
Have you honestly taken a step back from your business and analyzed your largest challenges and how to you intend to solve them?
Do you have short-term and long range goals for your business?
It is not sufficient to simply keep everything in your head and expect to pull out what you need when you require direction. By putting your business plan in writing you have the ability to take it out and look at it in black and white. Don't put off developing your business plan another day.
Do it now!

Wednesday, September 13, 2006

Garis Panduan Pelan Perniagaan

Dipetik daripada Laman Web MECD

Penyediaan Pelan Perniagaan
Rancangan Perniagaan

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. RumusanPenyediaan (RP)


1. Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RPNyatakan sama ada:
  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
  • tanggungjawab setiap jawatan
  • imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
6. Rancangan Pemasaran

Analisis Pasaran
  • untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
  • mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
  • mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
  • Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
  • Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.


Ramalan Jualan
- syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

Strategi Pemasaran

  • Strategi pemasaran secara keseluruhan
  • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
  • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
Strategi barangan
- faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

Strategi harga
  • penentuan harga
  • tawaran harga dan sebagainya.
Strategi Pengedaran
  • cara pengedaran dibuat
  • kos-kos yang terlibat
  • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
Strategi promosi

  • teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
  • Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
    - jumlah pengeluaran
    - keupayaan maksimum
    - penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :
  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

- modal sendiri
- pinjaman bank
- sewa beli
- lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.


Nota:
Sumber rujukan-
'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)- 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Monday, September 11, 2006

Misi dan Visi Yang Jelas

Menetapkan Visi yang jelas tentang apa yang sebenarnya akan kita capai merupakan satu titik tolak menentukan arah tuju sebenar tindakan kita masa ini untuk masa depan. Saya amat memandang berat tentang ini.... Mengapa ya?

Mungkin pengalaman saya di dunia korporat banyak membantu saya menjadikan saya begitu obses tentang apa yang saya gambarkan tentang masa depan. Kalau saya sendiri tidak yakin dengan apa yang ingin saya lakukan, lebih baik saya tidak perlu berusaha keras, kerana pasti kegagalan itu yang akan mengundang.

Bersedia bukanlah sekadar kata "AKU MEMANG BOLEH" tapi mestilah kemas dengan penjadualan yang bakal kita lakukan demi mencapai Visi tersebut. Misi yang tegas dan penjadualan yang tersusun bukanlah satu perkara yang hanya diluahkan dengan ucapan. Kalau kita benar-benar ingin memastikan Visi itu tercapai..... maka kita jadilah pemain yang betul2 bermain dan bukan main-main!!!!

Visi?
- Apa yang ingin saya capai untuk tempoh 2-5 tahun akan datang?
- Apa yang saya nampak arah tuju 'perusahaan' saya dalam industri ini di mata pasaran setempat? dan pasaran luar?
- Berapakah bilangan kambing yang bakal saya bekalkan untuk pasaran setiap tahun?

Objektif?
- Apakah tujuan sebenarnya saya perlu mengusahakan biz ini secara serius?
- Mengapa saya perlu memastikan ia bukan satu karier 'pilihan terakhir', atau dengan kata lain bukanlah kerana saya terpaksa, sebaliknya lahir dari hari yang benar2 tulus?
- Kenapa pula biz ini saya sasarkan untuk keluarga saya?

Misi?
- Apakah langkah masa terdekat dan masa jangka panjang yang perlu saya lakukan demi mencapai visi dan objektif saya?
- Apakah faktor yang boleh menghalang saya mencapai matlamat tersebut dan apakah persediaan saya untuk menghadapinya? Plan B?
- Di manakah saya akan dapatkan ilmu dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang biz ini? Sumber mana? Siapa?

Moga segalanya berjalan lancar. Fasa I telah hampir ke penghujung. Alhamdulillah, buat masa ini masih mengikut schedule. Fasa II diharapkan akan dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 1 November, 2006.

Friday, September 08, 2006

Total Cost of Raising Meat Goats

Total Cost of Raising meat goats
by Jack Mauldin
Overview
Understanding the Total Cost of doing any type of business has become very popular during the last 5 to 10 years as companies have had to rethink how they do work in this competitive world. Many departments had moved to personal computers thinking it was much cheaper than using the larger computers only to find the hardware and software costs were only ¼ to 1/5 of the total cost. This article will discuss how you can evaluate the total cost of raising goats. This can be done to see what your real profit is and how you may increase your profits. It can also show you how to understand how much real money you are losing and how to minimize the amount or move into a profitable business.

This is a methodology not facts about the average costs of raising goats. What this article will not show:

How much it generally costs to raise goats
Identify if it is more profitable to raise goats vs. cattle or some other animal

Methodology
The methodology for identifying the total cost of doing any business is the same. The major steps are:
Identify the major categories of costs incurred in the business
Identify the cost types within each category
Collect or estimate the costs for each cost type within each category
Develop a statistical graph of the total costs for identifying the larger cost areas
Define which cost areas you have a better opportunity for reduction
Develop an action plan to reduce those costs
Revisit your total cost case at a later time to evaluate changes and progress

Identify Major Costs Categories
The major cost categories for raising goats are:
Costs of animals
Costs for feed supplements
Costs for land and shelter
Costs for health
Cost for labor
Costs for transportation
Costs for administration
Costs for selling
Costs for misc.

Identify the Cost Types within Category

Costs of Animals

Cost of Does. The overall cost of the does you purchase should be identified. Lets take an example of your planning to buy a doe for $1000, expect to keep her five years and then estimate you can sell her for $400 at the end of five years. You would subtract the $400 from the $1000 leaving $600. This divided over five years would be a cost of $120 for this year. If you believed you could buy her for $1000 and sell her next year at the same price after having kidded, you would have no cost associated with the year.

Cost of Bucks. This is the same as for does with one exception. If you plan to offer stud services, this should be calculated into the cost of the buck, thus reducing the overall cost.

Cost of breeding fees. If you take your doe to have it bred with an outside buck, you must identify this cost.

Costs of Feeding ( for year)
Hay
Grain
Minerals
Vitamins

Cost for Land, shelters and protection
This assumes land already owned would have the same value later and will not be added here.
Yearly taxes on land used by goats. This is a real cost

Lease costs

Shelter costs. This cost should be evaluated similar to the animals. Look at the cost of adding shelter and estimate the value it will have later. Spread the cost over whatever period is appropriate

Cost of fertilizing and any treatments done to pasture for goats

Fencing cost. Similar to shelter. Evaluate value added to land and subtract for actual cost, then spread over appropriate period.

Cost of Guard animals. This is the cost of animal spread of appropriate years plus yearly cost for maintaining animal such as dog food, medical, etc.

Costs associated with health
Cost for vaccines
Cost for medicine such as worming, antibiotics, iodine, etc
Cost for vet
Costs for health certificates
Cost for medical supplies. This should include hoof trimers, needles, etc.

Cost for Labor
You probably do not want to calculate the cost of your time, but you may consider looking at it an consider if you could do the work more efficiently.
Cost of hired labor

Cost of Transportation
Include motels and meals where costs are associated with travel related to goat business. Use a cost per mile for estimates. (e.g. .27 per mile without trailer, .50 per mile with trailer)
Travel to sales
Travel to shows
Travel to feed stores
Travel to other farms
Travel to symposiums
Trailers and goat haulers. This should be spread over appropriate years.

Cost for Administration
Association fees
Registration fees
Subscriptions to magazines and newspapers
Software for goat business. Spread this out over an appropriate period
Stamps and envelops
Costs for Selling
Auction fees
Advertisements
Signs
Business cards
Cost for Misc.
Feed buckets. Spread cost
Hay racks. Spread cost
Tattoo equipment. Spread cost
Show supplies
Etc.

Collect or Estimate Costs per Category
You could set up to collect this information over a year period but estimating for the first year is a better way to start. Estimate first and then collect to validate the accuracy of it. Put the estimates into a spreadsheet and create subtotals for each category.

Develop Statistical Graphic
Take the spreadsheet and create a pie chart to show how the different category costs compare.

Define Which Categories are Better for Cost Reduction
Look at the largest cost categories and consider how much control you have over it. For example, you have very little control over land taxes. However, cost of feeding may be something to consider alternatives.

Develop Action Plan
Develop a plan for reducing costs of the identified category areas. Make sure you have set a goal for the reduction. If you do not have a goal to shoot for, you will have difficulty in seeing if you are progressing or not.

Revisit Total Cost Case
Next year at the same time revisit your cost estimates and the actual costs collected. This starts the process all over again to determine if there are areas for reducing costs.

Tuesday, September 05, 2006

Dalam Kesempitan Ada Kesempatan

Sebelum memulakan apa yang telah dimulakan, tentunya saya mengalami kesempitan dalam bermacam bentuk ujian. Mencari sesuatu yang tidak pernah menjadi tugasan harian saya, mestilah sesuatu yang amat perit sekali. Daripada mengumpulkan bahan kajian dan sedikit ilmu untuk digarapkan dalam dunia seorang usahawan ini, perlunya pengorbanan yang tinggi. Kesediaan saya terhadap segalanya ini memang tidak lagi boleh diundur.

Diumpamakan seperti saya sedang berjalan ke hadapan dan membakar jalan yang telah saya tinggalkan di belakang supaya tiada lagi turning back. Nekad saya hanya bersulamkan doa dan semangat yang saya harapkan tak akan luntur sehingga apa yang saya harap dan sematkan di hati saya berjalan dengan baik dan seterusnya membuahkan hasil yang diimpikan.

Matlamat dan visi saya memang besar. Keputusan ini bukanlah angan-angan kosong. Angan-angan yang telah dan akan terus merubah cara penghidupan saya secara total. Saya juga mendoakan agar keluarga saya dapat menerima perubahan ini seadanya. Mungkin pada awalannya, saya terpaksa pekakkan telinga dengan segala rungutan anak-anak yang mungkin tidak biasa dengan segala kesederhanaan, namun impian saya mereka pasti akan mengerti satu hari nanti.

Saya harapkan sedikit masa lagi, saya bolehlah memberikan komitmen 100% setelah proses kajian dan penyediaan pelan perniagaan ini selesai. Masa yang saya peruntukkan hanya tinggal 2 minggu saja lagi.

Dalam pada menyiapkan RP saya, biarpun terdapat kesempitan itu ini, namun terdapat juga beberapa kesempatan yang memberikan saya bentuk idea dan arah tuju yang semakin jelas tentang pilihan saya ini.

Alhamdulillah.

Friday, September 01, 2006

Bermulalah episod seorang usahawan

Sukarnya bagi saya membuat keputusan drastik ini untuk menjadi seorang usahawan kampung..... menternak kambing dan lembu yang tak pernah termimpi dalam hidup saya yang telah makan gaji lebih daripada 20 tahun.

Namun usaha murni ini perlu diteruskan kerana menyambung penat lelah bapa mertua saya yang telah mengusahakannya sejak tahun 70-an lagi. Bezanya cuma bapa mertua saya mengerjakannya secara kecil-kecilan. Dan inilah masanya saya mengusahakan secara serius dan komersial.

Rupanya tidak mudah juga untuk menjadi penternak komersial. Banyak usaha yang perlu dilakukan. Pertama sekali tentang persediaan MENTAL. Minda yang positif atas apa jua rintangan yang datang.

Membuat perancangan yang terperinci bagi memastikan penjadualan projek ini diusahakan secara telus dan bersungguh-sungguh. Mencatat sejarah dan perjalanan menuju seorang USAHAWAN SEJATI melalui blog ini, sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan membaiki kelemahan.

Tiada sandaran harta benda maupun kemewahan kerana kami bukanlah orang yang berada. Tapi cukuplah bermula dengan apa yang ada dan kudrat yang Allah kurniakan. Yang penting Istiqamah dengan usaha yang berterusan dan tawakkal atas dugaan demi sebuah kejayaan.

InsyaAllah.