Monday, April 21, 2008
Down to Earth!!! Inilah realitinya...........
Tiap kali saya membuka blog ini..... saya speechless. Tak ada apa yang hendak ditulis. Masih terlalu awal untuk menceritakan apa perkembangan kami sebenarnya.
Rentetan daripada "serangan" harga sejak tahun lalu, saya hampir terjelepuk jatuh. Sedikit sebanyak agak tersasar perancangan kami. Agak jauh sebenarnya. Tapi sedikitpun tidak mencacatkan semangat kami untuk meneruskannya.
Tak malu untuk saya mengaku bahawa saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan kambing kami. Bukan kecewa tetapi kami rasa perlu bermula semula dari bawah. Kami ingin benar-benar bersedia untuk menjadi lebih agresif.
Kandang lama yang telah dimuatkan lebih 60 ekor Boer dan Jamnapari, diuruskan oleh ayah sepenuhnya. Begitu semangatnya ayah kerana memang sudah menjadi nadinya sejak dari dulu lagi. Memang tidak boleh disangkal lagi.
Kandang baru yang kini menempatkan 22 ekor kambing campuran menjadi tempat permulaan kami untuk memulakan semula segalanya. Kambing-kambing ini belum sedia untuk dijual kerana kami mensasarkan ia boleh dikomersialkan selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk melaksanakan Fasa-fasa pembangunan yang telah diubah saat-saat akhir tahun lalu. Sebab itulah blog ini dibiarkan sepi seketika.
Walaubagaimanapun aktiviti trading berjalan seperti biasa. Kami membekalkan kambing mengikut keperluan. Alhamdulillah, dengan adanya rangkaian penternak, kami masih mampu memenuhi permintaan walaupun tidak banyak.
Sebagai "orang baru" dalam industri ini, banyak peluang yang tidak boleh diketepikan. Dalam memaksimakan penggunaan sumber dan meningkatkan produktiviti, kami berpeluang menceburkan diri dalam beberapa projek. Ada diantaranya telah membuahkan hasil dan sebahagiannya pula masih dalam perlaksanaan.
InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan mengupdatekan segalanya pada semua. Tunggu saja perkembangannya nanti!!!
Jumpa lagi.
Monday, September 10, 2007
Penangan Kenaikan Harga
Dalam hal ni, tak siapa yang salah. Itulah lumrah perniagaan. Bila semua orang bercadang nak bela kambing, macam beli pisang goreng panas, maka permintaan terhadap barangan tupun sama-sama meletup. Sudahnya, kita sama-sama melopong.
Bagi pengeluar makanan pula, mereka pun tak salah. Tapi keadaan memaksa mereka. Dalam Malaysia ni hanya sebilangan kecil, saya kira tak sampaipun 2%, pengusaha projek ternakan mega yang memiliki ribuan ternakan kambing.... umpamanya Pusat Boer Negara atau seperti keratan NST di bawah. Tetapi, bayangkan keperluan bekalan makanan yang mereka perlukan setiap bulan. Kalau dah beli dengan banyak, adalah mustahil mereka mahu mendapatkan bekalan tersebut dengan harga yang sama seperti kita beli yang kadang kala setakat seratus dua kg (berbanding mereka yg mampu membeli seratus dua tan). Maka makin sempitlah margin keuntungan yang dapat dikecapi oleh pengeluar. Bagi menstabilkan harga, maka kerugian tu disalurkan kepada kita, penternak-penternak kecil. Kalau mereka dapat harga RM25 maka kita kenalah tanggung sebahagian perbezaan rugi. Entah-entah bila dikira-kirakan, akhirnya dapatlah kita pada harga RM32. Itupun kalau bernasib baik, bila pengusaha projek mega tu nak gandakan pesanan mereka dan mintak harga yang lebih rendah, maka kita gigit jari jelah.
Ramai yang menyuarakan pendapat supaya diwujudkan persatuan yang mampu membela nasib penternak seperti kita. Tapi ada pula 'nyamuk-nyamuk' mengkritik hebat kononnya persatuan kita takkan ke mana. Akhirnya, back to square one.
Sebenarnya, idea dan saranan yang didengar daripada penternak-penternak memang banyak yang boleh dipakaiguna malah kalau nak dikirakan memang mampu direalisasikan. Cuma dari segi perlaksanaan kita selalu main tarik-tarik tali. Bila rasa gagah kita tarik kuat, tapi bila agak-agak tak dapat tarik, kita lepas dan biarkan macam tu je. Jarang yang mahu buat secara all out. Bila perkara ni berlaku, yang berkobar-kobar jadi layu, yang tengah hangat jadi salju, yang suam-suam kuku langsung jadi beku. Kemudian, kita sorok-sorok muka menahan telinga bila kena bidas.
Saya juga ada bercadang untuk mengadakan dialog untuk penternak-penternak kecil. Buat masa ini saya sedang berusaha untuk merealisasikannya bersama JPH. Jika ada di antara saudara yang ingin bersama-sama melakukan khidmat komuniti ini, bolehlah hubungi anzfarm@gmail.com. Objektif kita cuma satu, kita ada tempat untuk mencurahkan bakti dan sama-sama dapat berjuang menjadi penternak tega yang berpengetahuan dan optimis. Mana tahu, secara tidak langsung kita mampu mewujudkan satu komuniti penternak yang boleh pergi lebih jauh melebihi pengusaha penternak mega. ITU TIDAK MUSTAHIL! Lihat saja di mana kedudukan Air Asia sekarang berbanding MAS!!!!! Fikirkanlah..............
Kesimpulannya di sini, penyelesaian sementara yang boleh kita lakukan..... carilah alternatif bekalan makanan tambahan atau semulajadi. Yang tak punya ruang utk menanam, ringan-ringankanlah mulut atau kaki mencari pembekal sisa pertanian seperti batang jagung, hampas soya, hampas gandum dan sebagainya. Ciptalah rumusan sendiri. Bagaimana? Belajarlah dari yang pandai....... usah kisah dari siapa. Sayapun masih belajar, maka belajarlah kita bersama-sama. Yang punya tanah tu, ringan-ringankanlah tangan meluaskan kawasan penanaman kita, atau paling kurang upahlah orang membuatnya, setidak-tidaknya kita sudah membantu orang lain menambahkan pendapatan. Kalau banyak, kita pula boleh tambah pendapatan. Setuju?
Wallahualam.
Sunday, September 09, 2007
Fasa seterusnya akan bermula ....
Alhamdulillah, meskipun saya jarang mengupdate blog ini, tapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya segala perancangan berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa item dalam Rancangan Perniagaan kami terpaksa dibuat perubahan.
Kini, saya sedang sibuk merealisasikan Fasa seterusnya yang saya jangkakan akan bermula November nanti. Moga segala perancangan tersebut mendapat petunjuk dan laluan yang lebih mudah serta menambahkan keyakinan saya untuk meneruskan usaha ini hingga tercapai segala matlamat yang kami sasarkan seterusnya.
Buat masa ini prestasi pengeluaran agak membanggakan kerana kambing-kambing di kandang sentiasa dalam keadaan stabil tanpa masalah yang membimbangkan. Anak-anak yang dilahirkan dengan berat lahir antara 2.4kg - 5kg dan peratusan kembar 2 sehingga 98%. Sementara anak satu dan kembar 3 masing-masing dengan kadar 1 %. Pada peringkat awal kadar kematian anak agak tinggi kerana kurang pengalaman, tetapi alhamdulillah, kini segalanya terkawal. Rupanya penjagaan anak kambing tidaklah serumit mana. Tempoh 24 jam pertama sahaja yang agak kritikal. Sekiranya berjalan lancar, InsyaAllah pemantauannya akan lebih mudah. Anak2 kambing ini akan diberi suntikan seawal umur 2 hari. Begitu juga dengan ibu.
Fasa seterusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan prasarana, pertambahan stok dan aktiviti trading. Tambahan pula dengan musim perayaan yang kian menjelang. Saya pasti ramai penternak akan mengambil peluang untuk menambahkan keuntungan atau setidak-tidaknya menambahkan "duit poket" buat belanja raya.
Dalam meningkatkan tahap pengeluaran dan aktiviti pemasaran yang lebih luas, kami akhirnya bersepakat untuk merealisasikan konsep Inkubator dan konsep KongsiTernak dalam Fasa itu nanti. Jadi pada sesiapa yang berminat samada individu mahupun syarikat untuk bekerjasama dalam projek ini, bolehlah terus menghubungi Puan An 013 - 446 6944. Kertas Kerja terperinci juga telah disediakan untuk perbincangan.
Dalam merealisasikan Fasa ini, kami akan melakukan beberapa perkara berikut, antaranya:
- Membesarkan kandang kepada 40’ x 75’ daripada kandang asal yang hanya berukuran 1680 kaki persegi.
- Memperluaskan kawasan penanaman rumput Napier kepada 10 ekar (buat masa ini hanya 3 ekar).
- Menyediakan perigi menggunakan pam air dan tangki air sebagai alternatif untuk bekalan air semulajadi dan kemudahan merawat klorin.
- Melengkapkan setiap kandang dengan kemudahan ”nipple drinker” sebagai langkah menjimatkan penggunaan air.
- Melengkapkan pagar yang lebih sempurna untuk ladang kelapa sawit (seluas 4 ekar) yang menjadi lokasi kandang ternakan sebagai langkah persediaan untuk menjalankan aktiviti semi-intensif.
- Membeli sebuah lori muatan 2 metrik tan sebagai kemudahan pengangkutan.
Sekali lagi, jika sesiapa berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi terus Puan An di talian 013 - 446 6944 atau email ke anzfarm@gmail.com.
Thursday, August 30, 2007
NST, Friday 24/08/07
2007/08/24
Meaty returns for breeders
By : Azira Shaharuddin
Email to friend Print article
TAPAH: Things are looking promising for Majestic Nature Boer Farm.Set up last year to meet the high demand for goat meat, the company also has a farm in Chenderiang managed by its subsidiary Highland Organic Boer Farm.
It began with 1,000 females, also known as does, and 30 males, and has now grown to 2,200 breeding heads.The company intends to set up another four Boer goat farms — one each year beginning next year.The Third National Agriculture Policy and the National Goat Policy aim to achieve a goat population of 4.96 million heads with 1.99 million heads of breeding does by 2015.Majestic Nature Boer Farm aims to be the largest Boer goat breeder and meat provider for the country.
Its second farm is scheduled to open next year in Chenderiang.Boer goats, which originated from Africa, can live in high temperatures, are resistant to disease, grow faster, breed all year round and have high fertility rates.Boer goats have thicker bones and more meat than other goats.Managing director Yeow Joo Kwang. said goat meat was healthier than other meats. The company imported the Boer goats from Australia. It also imported goat semen for artificial insemination."It is cheaper to import semen than buy a male goat. Through this, the quality is guaranteed as there would be no in-breeding."After eight months, the male goats would be sold to other farms or slaughtered. At the moment, only bucks are slaughtered for meat as the company wants to keep the does for breeding. They are bred without the use of hormones and only eat Napier grass grown across the farm. The water for the goats is taken from the nearby Lata Kinjang waterfall.Yeow said the company would open a research centre by September next year.He said each farm required an investment of about RM5 million, with the entire operation for five farms, feed mills, sales outlets and a slaughter and packaging plant expected to cost RM35 million.But the gains are expected to far outweigh the investment in as little as three years’ time."It’s a very lucrative business," said a smiling Yeow.
Tuesday, August 07, 2007
Merdeka Message.......
Seronok saya menonton beberapa bingkisan merdeka untuk tahun ni.... banyak mesej dan pengertiannya yang perlu kita hayati bersama. Sketsa "combat" oleh anak-anak tu buat saya tersenyum sendirian. Ada benarnya..... adakalanya kitapun tak sangka orang yang pernah kita perkecilkan dulu, kini lebih berjaya daripada kita. Orang yang kita tak pernah yakin akan kemampuannya dulu kini sudah menunjukkan taring sebenarnya...... jadi, bersangka baiklah akan kita sesama insan. Hatta dalam perihal biz juga, sentiasa bersangka baiklah kita meskipun dengan pesaing kita......
Satu lagi mesej bermakna.... "MAMPUKAH APA YANG KITA BINA HARI INI MEMBAWA KITA JAUH DI MASA AKAN DATANG?". Saya sendiri tersentuh dengan mesej iklan tu. Adakalanya kita terlalu gah dan teruja dengan apa yang kita kecapi sekarang hingga terlupa apakah yang kita lakukan hari akan membawa kita jauh ke hadapan di masa akan datang terutamanya untuk generasi anak-anak kita??? Adakah landasan yang kita bina hari ini mampu menampung beban dan akan sentiasa kukuh selama-lamanya??
Moga-moga kita semua akan sentiasa dihiasi dengan kesedaran agar kita menjadi golongan orang-orang yang bersyukur hendaknya. Amin.
-------------------------------------------------------------
Terimakasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Mahmud Haji Baba, selaku MD Interxpose Agriculture atas layanan mesra beliau sewaktu kunjungan kami ke ladang beliau baru-baru ini. Sempat saya melawat kandang beliau di Bukit Rambai Melaka. Memang konsep ternakan beliau harus dipuji terutama konsep Inkubator yang diperkenalkan. Saya juga ada bercadang untuk mempraktikkannya. Tetapi bukanlah dalam Fasa ke-2 ini. Saya jangkakan Fasa ke-3 akan bermula pada Disember tahun ini dan ia mungkin boleh dimuatkan ke dalam Fasa tersebut. InsyaAllah. Apa-apapun rangka Fasa ke-3 masih dalam pertimbangan.
Dan tahniah saya ucapkan kepada menantu beliau, Encik Hisham yang kini menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam Kursus Ternakan anjuran syarikat terbabit. Moga akan wujud lebih ramai lagi generasi yang mampu membimbing bakal penternak ke arah penternakan yang lebih global. Beruntunglah generasi masa kini dengan segala kemudahan......
Apapun, yang penting usahasama semua rangkaian penternak agar sama-sama saling berinteraksi berkongsi pengalaman dan saling memberi tunjuk ajar. Mudah-mudahan kita penternak kecil akan sama-sama berdiri teguh memajukan industri ini selamanya untuk diwarisi anak cucu bangsa kita................
Wallahualam.
Thursday, June 28, 2007
Fenomena Penternak Kampung..... Sayangnya.....
"Ha... apa halnya?"
"Gini lah mak lang. Mintak tolong mak lang kandangkan lembu-lembu mak lang tu. Dah banyak kali lembu-lembu tu berkandang dalam laman saya ni. Tak larat nak angkut taik hari-hari. Yang tu saya tak kisah lagi... tapi sampai habis diragutnya semua tanaman saya. Mana boleh tahan"..
"Jangan kau nak salahkan lembu-lembu aku pulak. Kebun kau tu patut kena pagar betul-betul. Binatang tu memang tak berotak".
--------------------------------------------------------------------------------------
"Andak, pasal apa kau pandai-pandai sembelih kambing aku? Aku kenal sangat kambing aku tu!"
"Aku tau kambing tu engkau punya. Tapi daripada mati katak macam tu je, aku tolong sembelihkan. Bukannya aku nak pun. Kebetulan aku lalu masa kambing kau kena langgar".
"Mujur aku tau dulu. Kalau tak agaknya senang-senang je kau dah jual. Lepas tu haram duitnya pun aku tak merasa"
"Astaghfirullah..... "
-------------------------------------------------------------------------------------
Itu antara fenomena penternak kampung berpuluh tahun semasa saya kecil dulu. Saya kira tak mungkin ia berlaku lagi di zaman yang serba moden ni. Kerana orang kampung sekarang lebih bersikap terbuka. Mereka lebih berpelajaran dan mudah dibawa berunding. Tapi sangkaan saya agak meleset.
Sayangnya......
Kadang-kadang terfikir dan terdetik di hati. Biar saya menawarkan diri untuk "membantu" mereka menempatkan dan mengumpulkan semua ternakan mereka di satu tempat yang sepatutnya. Sama-sama mengendalikannya sebagai sebuah organisasi. Bukankah elok??? Tetapi betapa kerdilnya diri ini. Saya masih tak mampu. Mereka punya berpuluh bidang tanah, berbanding saya yang punya hanya sekangkang kera. Lagipun mereka telah berpuluh tahun bergelumang dengan selut dan semak samun, sedangkan saya masih bertatih..... baru setahun jagung dan baru belajar bermasyarakat di sini...
Tapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Lebih 90% yang masih di sini terdiri daripada warga tua yang melebihi separuh abad. Kalau nak dihitungkan anak-anak yang bersekolah rendahpun tak sampai 150 orang. Itupun sebahagiannya kerana dipelihara oleh datuk nenek. Sebahagian besar rumah juga ada yang telah dibiarkan kosong kerana penghuninya telah meninggal. Anak-anak entah di mana. Berpuluh ekar tanah dibiarkan kosong malah semak samun dihuni babi hutan.
Moga misi saya untuk membangunkan semula kampung ini memberi saya setidak-tidaknya sedikit pengertian untuk generasi akan datang..... terutama anak-anak saya.
Wallahualam.
Friday, June 15, 2007
Hari Ini Hari Esok
Sebenarnya sayapun baru je nak menyentuh cerita yang sama seperti entri sahabat kita esis : Bijaksananya penternak itu!. Nampaknya fenomena itu bukanlah satu tohmahan.... kerana ia memang betul-betul wujud!!!! Itulah tandanya orang yang tidak mahu bersyukur. Wallahualam.
Sewaktu pertemuan dengan pihak JPH Negeri tak lama dulu ketika diberi peluang membincangkan permasalahan semua penternak baru di satu seminar, semua hadirin diberitakan dengan tawaran yang sama. JPH ada menyediakan khidmat pemberian baka Boer percuma sehingga 50 ekor pada penternak yang berkelayakan. Tapi bukanlah satu subsidi semata-mata. Penternak diberi peluang mengembangkan ternakan mereka, tetapi yang penting 50 ekor kambing Boer mestilah dikembalikan semula dalam tempoh 3 tahun selepas itu. Itupun sudah cukup menarik.
Cuma apa yang dikesalkan, untuk tempoh tahun 2007 ini , daripada lebih daripada 200 pemohon, hanya 3 orang sahaja yang baru diberikan kemudahan ini. Kenapa ya? Saya dapat bayangkan bagaimana sukarnya pihak JPH untuk menimbangkan semua permohonan itu..... kalau penternak sendiri tidak berterimakasih atas apa yang telah mereka perolehi, maka penternak baru yang menerima padahnya....
Begitulah halnya dengan kemudahan pinjaman samada daripada institusi kerajaan mahupun institusi kewangan. Malanglah pada orang yang terkemudian, akibat 'keculasan' pihak peminjam terdahulu melunaskan bayaran balik, maka makin sempitlah peluang penternak-penternak baru itu.
Saya tidak pelik, cuma saya bersimpati dengan kebijaksanaan penternak yang diibaratkan seperti pepatah "pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar". Jika mereka sia-siakan kemudahan ini, maka mereka telah sia-siakan "rezeki percuma" yang telah diberikan kepada mereka. Maka terkempunanlah penternak itu daripada menikmati kesenangan yang sepatutnya mereka kecapi dalam selangkah dua saja lagi............ biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------